ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pasangan kekasih langgar polis dengan Alza biru didakwa

Berita Tempatan

Views

Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di Bangi, hari ini atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan dan khianat terhadap anggota polis, Selasa lalu. Muhammad Asraf Zulkefli, 19, yang juga pekerja kilang mengaku bersalah di hadapan Hakim Effandi Nazila yang bertindak sebagai majistret.

Bagaimanapun, pasangannya, Umiezatul Asyikin Nasrun, 20, yang dituduh bersubahat atas kesalahan sama mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan. Menurut Harian Metro, Muhammad Asraf dituduh menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis, Mohamad Amirul Yahya yang sedang bertugas ketika itu di tempat letak kenderaan sebuah restoran makanan segera di Seksyen 9, Bangi pada 10.30 malam 9 Mac lalu.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun, denda atau keduanya sekali, jika sabit kesalahan. Tertuduh turut didakwa melakukan khianat dengan sengaja merosakkan palang pemegang, ekzos, rim dan plat nombor pendaftaran belakang motosikal Yamaha Y15 milik Mohamad Amirul sehingga menyebabkan kerugian RM1,060 pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun, denda atau keduanya jika sabit kesalahan. Sementara Umiezatul Asyikin pula dituduh bersubahat dengan Muhammad Asraf terhadap kedua-dua pertuduhan, yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzan Mohd Nor, yang menawarkan jaminan RM5,000 untuk setiap pertuduhan kepada setiap tertuduh. Bagaimanapun, tertuduh merayu jaminan dikurangkan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 12 April ini untuk sebutan semula kes. Sebelum ini, tular di media sosial rakaman video anggota polis cuba menahan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dalam keadaan mencurigakan.

Namun, pemandu Perodua Alza berwarna biru itu enggan memberi kerjasama dan cuba untuk melarikan diri sehingga menyebabkan anggota polis terpaksa ‘memanjat’ kenderaan terbabit dalam usaha untuk menahan suspek.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Harian Metro dan Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply