ARKIB

KATEGORI

Buletin

HLYM lancar Y16ZR Doxou Edition – 5,000 unit sahaja, harga RM11,688

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasminya melancarkan Y16ZR Doxou Edition di Malaysia menerusi satu acara yang dilangsungkan secara dalam talian malam tadi. Model yang dihasilkan khusus untuk pasaran Malaysia adalah terhad kepada 5,000 unit sahaja dan dijual pada harga RM11,688 (tanpa insurans).

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Nama ‘Doxou’ diambil sempena istilah dalam Bahasa Jepun, iaitu Dokusou yang bermaksud ‘bersikap kreatif dan mendahului orang lain’. Y16ZR menjadi model ketiga yang dalam senarai edisi Doxou selepas Y15ZR dan NVX155 pada 2019.

Ia ditawarkan dengan satu pilihan warna iaitu, biru dengan reka corak grafik pada badan kombinasi biru muda, merah dan hitam ala ‘cyberpunk’ yang cukup bergaya. Antara keunikan model ini adalah rim dengan dua warna berbeza, di bahagian depan berwarna biru muda manakala wara merah di belakang.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Dari segi teknikal dan mekanikal, model ini sama sahaja dengan Y16ZR dan masih mengekalkan enjin silinder tunggal 155 cc sejukan cecair dengan Variable Valve Actuation (VVA) yang digandingkan bersama transmisi enam kelajuan.

Bagi setiap pembelian model ini, pelanggan akan menerima pakej berupa sijil pemilikan, visor rekaan khas dan lambang edisi khas. Selain itu, pelanggan juga akan dihadiahkan dengan kunci cakera brek bernilai RM100. Pembelian model ini turut didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply