ARKIB

KATEGORI

Tular

Rekod Yamaha RXZ lebur! Warga Vietnam beli model Edisi Terhad 125zr Go! tahun 2003 harga RM85K!

Tular

Views

Betul la apa yang selalu orang cakap “hobi kami mahal”. Siapa sangka harga sebuah kapcai boleh dijual dengan harga mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Nampaknya rekod yang dipegang oleh Yamaha RX-Z yang bernilai RM70,000 telah berjaya dipecahkan!

Sejak semalam, tular di media sosial kisah seorang warga Vietnam telah membeli kapcai Edisi Terhad Yamaha 125zr Go! keluaran tahun 2003 dengan harga RM85,000! Menurut Harian Metro, kapcai edisi khas pelumba MotoGP, Valentino Rossi itu dijual kepada lelaki dikenali sebagai Chuong secara tunai.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Mohamad Azehar Mat Siam, 29, berkata, dia terkejut apabila ada peminat Yamaha 125zr yang sanggup membayar harga tinggi untuk memiliki koleksi motosikalnya. Katanya, dia sengaja meletakkan harga RM85,000 supaya Chuong tidak membelinya, namun tidak menyangka lelaki tersebut terus memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun banknya sebanyak RM30,000 petang semalam.

Tambahnya, pagi tadi, Chuong datang ke rumah untuk melihat motosikal itu dan terus bersetuju membelinya, serta membayar baki keseluruhan sebanyak RM55,000. Malah, Chuong turut membeli beberapa alat ganti motosikal Yamaha 125zr Go! tulen yang disimpannya seperti tayar dan ‘cover set‘ keluaran khas model itu dengan harga RM5,000.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Dia membeli motosikal itu pada 2003 kerana terlalu meminati pelumba motosikal berkuasa tinggi dari Itali itu. Ujarnya, semua alat ganti keluaran khas Yamaha 125zr Go! edisi Valentino Rossi juga saya simpan sebagai koleksi peribadi.

Tambahnya, motosikal itu dibeli dengan harga RM6,617.76 dan saya tidak pernah menunggangnya, malah tidak didaftarkan. Disebabkan sayang untuk menggunakan motosikal itu, selama 17 tahun, ia hanya ‘terperap’ di dalam rumah. Justeru, katanya tidak hairanlah peminatnya sanggup membeli dengan harga tidak masuk akal.

Mohamad Azehar berkata, dia memang meminati motosikal dan gemar membeli serta mengumpulnya sejak dari zaman persekolahan. Tambahnya lagi, dia sekarang mempunyai sembilan motosikal iaitu dua motosikal Yamaha RX-Z, tiga Yamaha 125zr, tiga Honda EX5 dan sebuah Honda C70. Menurutnya, wang hasil jualan motosikal berkenaan akan disimpan dan dilaburkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Cường Nguyễn

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply