ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City serba baharu sudah tiba – Harga bermula dari RM74K

Berita Tempatan

Views
Honda City Generasi ke5 bermula RM76K (RM74K sebelum Dec 31) dan datang dengan minimum 4 beg udara,

Akhirnya setelah sebulan membuka tempahan, Honda Malaysia hari ini melancarkan City serba baharu Generasi ke-5. Model baharu ini ditawarkan dalam empat pilihan varian dan Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang melancarkan varian RS e:HEV.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Serantau (Asia & Oceania), Honda Motor Co., Ltd., Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Honda Motor Co., Ltd., Encik Masayuki Igarashi, pihaknya memperkenalkan Honda e:TECHNOLOGY bagi mencapai visi 2030 dan Malaysia merupakan pasaran yang penting di rantau ini. Tambah beliau, sejak lima tahun lalu, hampir 40 peratus jualan model hibrid di rantau Asia & Oceania adalah dari Malaysia.

Maka dengan itu, mereka berbesar hati untuk memperkenalkan buat pertama kalinya di rantau Asia & Ocenia, e:HEV – sistem hibrid 2 motor dijana oleh intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD). Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama pula sejak diperkenalkan pada tahun 2002, model City telah menjadi model paling laris bagi Honda Malaysia dan menerajui segmen-B selama 5 tahun berturut-turut dengan jualan lebih 209,000 unit.

Beliau turut mengumumkan setakat hari ini pihaknya telah menerima sebanyak 5,000 unit tempahan untuk model City serba baharu. Generasi ke-5 City kini 111mm lebih panjang, 54mm lebih lebar dan 10mm lebih rendah berbanding model sebelumnya. Varian RS e:HEV menampilkan rekaan jeriji hadapan baharu dengan kemasan hitam berkilat, lip hadapan baharu dengan kemasan corak karbon dan bampar belakang baharu bersama peresap udara untuk memberikan gaya yang sporty.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Selain itu, spoiler belakang baharu dan sarung cermin sisi baharu kemasan hitam berkilat memberikan ekspresi badan dua tona yang lebih menarik. Varian V dan RS e:HEV City turut dilengkapi dengan lampu depan LED bersama lampu siang LED, lampu kabus depan LED dan lampu belakang LED. Kedua-dua varian itu juga dilengkapi rim aloi bersaiz 16-inci.

Buat pertama kali dalam barisan model Honda Malaysia, varian RS e:HEV akan dijana oleh rangkaian kuasa intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 108PS dan 253Nm daya kilas, yang paling tinggi dalam kelasnya. Enjin ini dipadankan dengan transmisi e-CVT yang memberikan pecutan yang lebih berkuasa dan lancar setanding dengan daya kilas enjin aspirasi normal model segmen-D.

Ia mempunyai tiga pilihan mod pemanduan iaitu Pacuan EV, Pacuan Hibrid dan Pacuan Enjin. Varian RS e:HEV juga didatangkan dengan ciri Pedal Pilihan Nyah Pecutan yang membolehkan pemandu menggunakan pedal untuk janaan semula kuasa dan memperlahankan kenderaan tanpa perlu menekan pedal brek.

Honda Malaysia menawarkan varian S, E dan V dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu yang menjanjikan keseimbangan yang ideal di antara prestasi pemanduan dan penjimatan bahan api. Ia dipadankan dengan transmisi CVT dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 121PS, paling tinggi dalam kelasnya dan daya kilas maksimum 145Nm.

Rekaan kabin City serba baharu memberi penekanan terhadap tekstur berkualiti tinggi dan pendekatan penuh fungsi untuk memberi keselesaan serta sofistikasi kepada pemandu dan penumpang. Ruang kaki penumpang belakang telah dipanjangkan dan corong pendingin hawa belakang kini hadir sebagai ciri standard pada semua varian.

Varian RS e:HEV didatangkan dengan paparan kluster meter interaktif besaiz 7-inci selain beberapa perincian lain seperti pad injak sport, tempat duduk dengan kemasan Ultrasuede® bersama jahitan benang merah. Varian V pula hadir ditawarkan dengan tempat duduk kemasan kulit bersama kemasan putih. Varian E, V dan RS e:HEV pula dilengkapi paparan audio berukuran 8-inci yang boleh dipadankan bersama Apple CarPlay™ dan Android Auto™.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

City serba baharu menampilkan ciri Honda LaneWatch yang terdapat pada varian V dan RS e:HEV. Brek parkir elektrik turut ditawarkan pada varian RS e:HEV selain ciri penghidup enjin kawalan jauh untuk varian E, V dan RS e:HEV. Pemandu hanya perlu menekan butang pada kunci untuk menghidupkan enjin kereta ketika pintu masih dikunci dan mengaktifkan pendingin hawa bagi menyejukkan kabin.

Varian City RS e:HEV pula dilengkapi dengan Honda SENSING yang menawarkan sistem bantuan keselamatan pemandu seperti berikut:

  • Kawalan Pemanduan Adaptif
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran
  • Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong
  • Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan
  • Amaran Keluar Lorong
  • Lampu Tinggi Auto

Dari segi keselamatan, varian V dan RS e:HEV akan dilengkapi dengan enam beg udara, manakala ciri-ciri keselamatan standard yang lain termasuk Bantuan Kestabilan Kenderaan, Sistem Brek Anti-Kunci, Agihan Brek Elektronik, Bantuan Brek, Amaran Berhenti Kecemasan, Bantuan Mula Mendaki, ISOFIX di tempat duduk belakang dan Amaran Tali Pinggang Keledar Belakang Baharu.

Sensor Parkir Belakang bersama Kamera Belakang Pelbagai Sudut akan ditawarkan pada varian E, V dan RS e:HEV. Sementara itu, varian RS e:HEV juga dilengkapi ciri Brek Pegun Automatik di mana kedudukan pegun kenderaan dikekalkan dengan hanya perlu menekan satu butang.

Berikut adalah senarai harga bagi City serba baharu:

VarianHarga Selepas Pengecualian Cukai Jualan (RM)²Harga Tanpa Pengecualian Cukai Jualan (RM)²*
V86,561.4589,800.00
E81,664.8284,800.00
S74,191.2776,800.00

Varian RS e:HEV hanya akan tersedia pada Januari 2021 dan harganya bakal diumumkan kelak. City serba baharu didatangkan dalam lima warna yang menarik iaitu Merah Mutiara (Passion Red Pearl), Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic), Perak (Lunar Silver Metallic) dan warna baharu, Putih Mutiara (Platinum White Pearl).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply