ARKIB

KATEGORI

Buletin

VCPM dan Tarik Jeans lancar koleksi “Modern Nostalgia pt.2”

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia dan jenama pakaian jalanan tempatan Tarik Jeans baru-baru melancarkan koleksi terbaharu “Modern Nostalgia pt.2”. Kali pertama kolaborasi antara dua jenama ini adalah pada Februari lalu yang bertujuan untuk mengumpul dana dan kesedaran untuk spesies Malayan Tapir yang diancam kepupusan.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Koleksi terhad ini menampilkan model-model keluaran Volkswagen yang digabungkan dengan reka bentuk vintaj tempatan yang diinspirasikan dari kehidupan di bengkel. Harga yang ditawarkan bermula dari RM79 untuk t-shirt, RM159 untuk baju kerja dan RM259 untuk jaket denim. Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, pihaknya yakin dengan kejayaan kempen bersama Tarik Jeans dan berharap para peminat kedua-dua jenama ini untuk menyokong niat murni tersebut.

Bagi Pengasas dan CEO Tarik Jeans, Afiq Iskandar, pihaknya mengucapkan setinggi penghargaan sekali lagi kepada Volkswagen Malaysia kerana bersama-sama untuk memberi kesedaran, mengumpul dana dan memberi penghormatan kepada Malayan Tapir yang telah menjadi grafik utama sejak kemunculan awal jenama tersebut.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Koleksi “Modern Nostalgia” boleh didapati menerusi laman sesawang Tarik Jeans, Shopee dan Zalora. Sejumlah 50 peratus daripada hasil jualan untuk kempen ini akan didermakan kepada Hutan Simpan Kenaboi di Negeri Sembilan semasa Hari Tapir Sedunia pada 27 April 2021.

Tapir Malaya merupakan satu-satunya spesies yang hidup di Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand dengan corak badan yang unik. Ia mempunyai jangka hayat sehingga 30 tahun, namun disebabkan oleh pembangunan pertanian dan penebangan hutan, aktiviti memburu serta penyeludupan haram haiwan telah menyebabkan ia diancam kepupusan. Difahamkan pada ketika ini hanya tinggal kurang daripada 3,000 ekor yang masih hidup.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply