Tindakan seorang pemandu kereta jenis Honda Civic melawan arus di Jalan Taman Industri Integrasi Rawang 2 hampir menyebabkan kemalangan bertembung dengan sebuah lori.
Video kejadian berdurasi satu minit 33 saat tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada Isnin jam 7.50 pagi.
Menurutnya, Honda Civic berkenaan dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Ijok ke Taman Industri Integrasi Rawang 2.
“Lelaki tersebut telah memandu secara melawan arus sebelum sebuah lori datang dari arah bertentangan.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
“Pemandu lori sempat memberhentikan kenderaan di depan kereta tersebut menyebabkan tiada kemalangan berlaku,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, pemandu Honda Civic tersebut telah hadir ke bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk memberikan keterangan. “Sementara pemandu lori masih belum hadir memberi keterangan.
Kes di siasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Beliau turut meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI