ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar X70 2025 di Sabah dan Sarawak – Harga dari RM100,800

Berita Tempatan

Views

Selepas pelancaran rasminya pada 15 Ogos lalu, Proton hari ini memperkenalkan model X70 2025 di Sabah dan Sarawak.

Ini merupakan julung kalinya pengeluar kereta nasional itu mengadakan pelancaran berasingan bagi model SUVnya, khusus untuk pelanggan di kedua-dua negeri tersebut.

Harga atas jalan tanpa insurans untuk Proton X70 2025 adalah seperti berikut:

VarianSemenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak
1.5 TGDi Standard RM98,800RM100,800
1.5 TGDi Executive RM110,800 RM112,800
1.5 TGDi Premium RM123,800RM125,800
1.5 TGDi Premium X RM126,800 RM128,800

Model ini tersedia dalam lima pilihan warna luaran, iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, dan  Marine Blue (warna baharu).

Sejak SUV segmen-C Proton ini membuat penampilannya pada 12 Disember 2018, ia kini tampil dengan pengayaan luaran yang segar, kelengkapan dalaman yang dipertingkat dan teknologi keselamatan ADAS tahap 2 yang lebih canggih.

Sepanjang lima tahun yang lalu, X70 telah menjadi pilihan utama pelanggan di seluruh Malaysia, dengan lebih 100,000 unit terjual dan telah berjaya merangkul tujuh anugerah berprestij.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Di peringkat global, ‘model kembar’nya Geely Boyue, turut mencapai kejayaan luar biasa dengan lebih daripada 1.8 juta unit terjual di 49 negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, pihaknya sangat teruja untuk memperkenalkan X70 2025 ke Sabah dan Sarawak, dua negeri yang semakin penting bagi syarikat tersebut.

Keperluan unik pembeli di sini dan hubungan mereka yang kuat dengan jenama ini sentiasa mendorong pihaknya untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan terbaik.

Dengan ciri-ciri yang dikemas kini dan gaya yang dipertingkatkan, Proton berharap X70 2025 akan membawa syarikat ke kedudukan teratas dalam pasaran SUV premium di Sabah dan Sarawak.

X70 2025 menampilkan rekaan jeriji hadapan yang lebih besar dengan elemen corak songket yang elegan di sekitar logo Proton, dikelilingi oleh lampu utama trapezoid baharu yang terdiri daripada 47 LED individu.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan bampar rekaan yang lebih agresif, dua garisan pada bahagian hud baharu yang menonjol, bampar belakang baharu dengan diffuser serta rekaan rim aloi 19 inci reka bentuk baharu dengan kemasan dwitona.

Bumpar hadapan dan sayap hadapan baharunya menambah kekuatan dan agresi, yang dipadankan dengan hud baru dengan dua kubah kuasa yang memberi petunjuk kepada prestasi di dalamnya.

SUV ini dijana oleh enjin 1.5-liter turbo yang menghamburkan 177PS dan 255Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT). Talaan semula rangkaian kuasa ini telah dilakukan bagi memastikan peningkatan 4 peratus dalam kecekapan bahan api.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Rekaan kabin X70 2025 diserikan dengan kemasan berwarna Kelabu Batu pada varian Premium dan Premium X. Dua varian mercu ini atas juga dilengkapi lampu suasana berirama dengan 72 pilihan warna.

Kesemua varian menerima skrin terapung 12.3 inci yang baharu dengan unit pemprosesan dwiempat-teras, 4GB RAM dan ruang storan 32GB.

Dari segi keselamatan X70 2025 dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemanduan Lanjutan (ADAS) tahap 2 untuk varian Premium dan Premium X dengan 13 ciri keselamatan aktif.

Selain ADAS, kesemua varian dilengkapi dengan enam beg udara SRS, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Keselamatan Elektronik, Sistem Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki dan Bantuan Turun Curam.

Bagi meraikan pelancaran ini, Proton turut menawarkan nilai tambahan sehingga RM23,500 tanpa kos tambahan untuk 3,000 pelanggan pertama yang mendaftar X70 2025 mereka.

Model baharu ini juga didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, pakej data lima tahun dengan 1GB sebulan, dan kos upah enam kali servis percuma.

Pelanggan di Sabah dan Sarawak juga tidak lagi perlu bimbang dengan ketersediaan alat ganti kerana Proton telah membuka dua Pusat Alat Ganti Wilayah (RPC) baharu di Kuching dan Kota Kinabalu.

RPC ini secara signifikan meningkatkan keupayaan pengurusan alat ganti syarikat, memastikan bahawa pelanggan di Sabah dan Sarawak menerima perkhidmatan yang cepat dan boleh dipercayai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply