ARKIB

KATEGORI

Tular

Honda CR-V ‘keluarkan bunyi pelik’ beberapa minit selepas diserah kepada pemilik

Tular

Views

Seorang lagi pengguna media sosial tampil meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V yang baharu dibeli oleh bapanya mengeluarkan bunyi pelik hanya beberapa minit selepas dibawa keluar dari sebuah pusat pameran kereta di Melaka Disember tahun lalu.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Shah mendakwa, bunyi pelik itu ‘seakan-akan seperti bunyi motosikal bergerak‘.

Katanya, “ayah menghantar kereta tersebut ke cawangan pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan. Pihak itu hanya menukar tombol kunci pintu namun kereta masih mengeluarkan bunyi yang sama“.

Menurutnya, kereta itu kemudiannya dibawa sekali lagi ke pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan dan dipandu uji kali kedua.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pengurus pusat kenderaan berkenaan mengesahkan ada bunyi tidak normal pada kenderaan tersebut. Dia memaklumkan bahawa kereta tersebut akan dihantar ke pusat servis utama iaitu Honda Malaysia.

“Ini kerana dakwanya, cawangan berkenaan tidak dapat membuat apa-apa tanpa pemeriksaan yang lebih teliti daripada Honda Malaysia,” katanya.

Selepas itu SUV berkenaan dihantar ke Honda Malaysia namun tiada langsung khabar berita mengenai statusnya.

“Ayah menghubungi semula pengurus tersebut dan dia maklumkan sentiasa cuba mendapatkan maklumbalas dan perkembangan dari Honda Malaysia namun setakat ini masih tidak diketahui apa puncanya.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

“Agak pelik kerana kereta itu belum cecah sebulan lagi usianya namun tempoh jaminan daripada Honda seperti sudah tamat berpuluh tahun.

“Kemudiannya ayah berhubung dengan Ketua Perkhidmatan Pelanggan Honda Malaysia yang memaklumkan kes itu akan dirujuk semula dan diselesaikan oleh pihak cawangan,” luahnya,

Ahmad Shah berkata, selepas disiasat, rupanya mengikut laporan dibuat, tiada langsung dinyatakan mengenai bunyi pelik tersebut sebaliknya pihak itu hanya nyatakan ada isu tayar sahaja.

Bunyi tersebut hilang apabila kereta berhenti namun akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat apabila kereta sedang bergerak,” katanya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ahmad Shah

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply