Pengeluar kereta dari Vietnam, VinFast merancang untuk memasuki pasaran Indonesia dan melabur dalam membina kilang pemasangan.
Bukan itu sahaja, syarikat itu juga mahu menjadikan Indonesia sebagai pangkalan pengeluaran kereta bagi negara pemanduan kanan (RHD).
Menurut Pengarah Jualan dan Rangkaian VinFast Indonesia, Surachman Nugroho, kilang VinFast itu akan terletak di Bekasi, Jawa Barat.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Ujar beliau, kilang di Indonesia juga akan mengeksport unit pemanduan kanan ke negara-negara Thailand, Singapura, Malaysia dan Australia.
Kilang VinFast di Indonesia bakal dibina di kawasan seluas 200 hektar, pada suku pertama 2024. Ia bukan sahaja untuk memasang kenderaan, tetapi juga untuk pengeluaran bateri dan motosikal elektrik.
Sementara itu, VinFast merancang untuk mengagihkan dana sehingga AS$ 1.2 bilion atau bersamaan Rp 18.6 trilion untuk pelaburan di Indonesia.
Bagaimanapun buat permulaann, atau pada tahun pertama kehadirannya di pasaran domestik, semua produk masih lagi diimport dari Vietnam dalam bentuk siap bina (CBU).
Sebelum ini, VinFast telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Staf Presiden Moeldoko. Kerajaan Indonesia terbuka kepada kerjasama dalam membangunkan kereta elektrik di negara tersebut, asalkan mematuhi peraturan yang telah pun ditetapkan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif VinFast Global, Bui Kim Thuy, menegaskan sasaran pembinaan kilang VinFast di Indonesia pada 2026 boleh dipercepatkan sekiranya mendapat sokongan daripada kerajaan Indonesia.
Katanya, pihak VinFast boleh mempercepatkannya sehingga 2025 dengan sokongan kerajaan Indonesia, terutama berkaitan insentif pelaburan. – Liputan 6
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI