ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Insurance Plus (HiP) kini lebih menyeluruh

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia semalam memperkenalkan Honda Insurance Plus (HiP) yang dipertingkatkan khusus buat semua pelanggannya. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama berkata, pihaknya percaya plan eksklusif ini adalah pelan insurans yang terbaik buat pelanggan mereka kerana ia dibangunkan oleh Honda, untuk pelanggan dan kereta Honda.

Faedah pertama meliputi bantuan tunda 24/7 jika berlaku kemalangan, kerosakan dan banjir. Kereta itu kemudiannya akan dihantar ke Pusat Badan & Cat Honda dalam lingkungan 450km dari lokasi manakala perkhidmatan pembaikan pinggir jalan menawarkan upah percuma sehingga RM200 termasuk alat ganti.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Selain itu, perkhidmatan ini turut ditawarkan ketika berlakunya kejadian yang tidak dijangka seperti tayar pancit, kehabisan minyak atau penukaran bateri. Menerusi Protection pula, ahli HiP ditawarkan dengan hasil kerja berkualiti tinggi pada pembaikan badan dan cat, serta penggantian 100 peratus alat ganti tulen yang didatangkan dengan jaminan 6 bulan atau jarak perbatuan 10,000km.

Ahli HiP yang menghantar kenderaan mereka untuk dibaiki di Pusat Badan & Cat Honda akan mendapat pra-kelulusan tuntutan pantas untuk tuntutan di bawah RM20,000. Selain itu, ahli HiP juga akan diberi bantuan perubatan seperti rujukan perubatan dan mengatur janji temu, penghantaran ubat-ubatan yang tidak tersedia di kawasan tempat tinggal, dan pemindahan atau pemulangan perubatan jika diperlukan.

Sebagai tambahan, mereka juga layak untuk menerima Liputan Kemalangan Peribadi sehingga RM15,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. HiP turut membolehkan ahlinya menikmati penjimatan bermula dari kos penggantian bagi membantu meringankan beban mereka.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Pembayaran insurans 100 peratus bagi ahli HiP berdasarkan kepada nilai yang dipersetujui (agreed value) sekiranya kereta dicuri atau rosak teruk dalam kemalangan bagi kenderaan berusia sehingga 10 tahun sejak pendaftaran kini dinaikkan kepada 13 tahun.

Antara keistimewaan baharu yang diperkenalkan termasuklah liputan bagi semua pemandu dibawah pendaftaran persendirian tanpa perlu menambah nama dan pembayaran lebihan wajib diperlukan; elaun banjir sehingga RM1,500, elaun pelepasan khas RM1,500 sekiranya berlaku kecurian kereta atau jumlah kerugian dan RM1,000 untuk pembayaran balik kunci yang hilang.

Selain itu juga, ahli HiP turut layak mendapat 100 peratus liputan selama 10 tahun tanpa yuran peningkatan yang membolehkan alat ganti lama kereta Honda yang rosak akibat kemalangan diganti dengaan alat ganti tulen yang baharu. Semua pelanggan sedia ada dan baharu Honda boleh memperbaharui keahlian HiP mereka di mana-mana pengedar sah Honda.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply