ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia panggil balik 23,476 unit kenderaan untuk tukar inflator beg udara Takata

Info

Views

Honda Malaysia hari ini memanggil semula 23,476 unit kenderaan Honda yang sebelum ini dipanggil balik bagi menggantikan inflator beg udara hadapan keluaran Takata sebagai langkah berjaga-jaga. Model-model Honda yang terlibat adalah seperti berikut:

Model (tahun keluaran) yang dipanggil balik untuk penggantian inflator beg udara Takata bahagian pemandu:

  • Civic: 2006 – 2007 dan 2009 – 2011
  • CR-V: 2007 – 2008 dan 2010 – 2011
  • Stream: 2010 dan 2012
  • Insight: 2011 – 2012
  • City: 2009 – 2013
  • Jazz: 2012 – 2013

Model (tahun keluaran) yang dipanggil balik untuk penggantian inflator beg udara Takata bagi penumpang hadapan:

  • Accord: 2003 dan 2005 – 2006, 2008 – 2009 dan 2011 – 2012
  • Stream: 2003 – 2005
  • CR-V: 2002 – 2009
  • Jazz: 2003 – 2007, 2009 dan 2012
  • City: 2003 – 2009
  • Civic: 2003 – 2011

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Honda Malaysia ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul kepada pelanggan sekali lagi. Keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan Honda dan syarikat percaya penggantian ini wajar sebagai langkah berjaga-jaga dan menggesa pelanggan yang terlibat untuk menggantikan inflator beg udara hadapan Takata secepat yang mungkin.

Tiada sebarang caj akan dikenakan dan segala kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Honda. Selain itu, Honda Malaysia juga ingin menegaskan bahawa model-model semasa yang dijual ketika ini tidak terjejas dan mereka akan sentiasa telus dan memastikan kawalan yang ketat bagi keselamatan pelanggan.

Pelanggan yang terlibat akan menerima surat pemberitahuan dari Honda Malaysia beserta butiran panggilan balik dan ketersediaan stok. Mereka yang menerima surat ini digesa untuk menghantar kenderaan mereka ke mana-mana 95 pengedar servis Honda yang sah untuk pemeriksaan dan penggantian.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Stok penggantian inflator beg udara hadapan Takata untuk 23,476 unit kenderaan ini akan tersedia secara berperingkat dan Honda Malaysia melakukan yang terbaik untuk memastikan ketersediaan stok 100 peratus dalam tempoh yang singkat.

Setakat 1 Oktober 2019, Honda Malaysia telah menyiapkan lebih daripada 249,000 unit penggantian inflator beg udara pemandu Takata, dengan nisbah siap 91 peratus. Jumlah penggantian inflator pemandu dan penumpang yang siap sepenuhnya adalah lebih daripada 537,000 unit atau nisbah siap 89 peratus.

Pemilik kenderaan boleh menyemak status balik kenderaan mereka, sama ada dengan melayari www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau hubungi talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply