ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia serah unit ke-10,000 model Honda CKD hibrid

Berita Tempatan

Views

Sempena meraikan unit ke-10,000 model Honda CKD hibridHonda Malaysia telah menyerahkan unit tersebut kepada pemiliknya En. Saddam Hassan Bin Abdul Salim bertempat di Macinda Auto Sdn. Bhd, Kuantan.

Honda Malaysia menjadi perintis kepada pengenalan teknologi hibrid kepada rakyat Malaysia pada 2004 menerusi model Civic Hybrid. Pada 2012, model pertama CKD Jazz Hybrid dikeluarkan di Pegoh, Alor Gajah dan Malaysia telah menjadi negara ketiga selepas Jepun dan Amerika Syarikat yang mengeluarkan kenderaan Honda Hybrid.

Dari 10,000 unit kenderaan CKD hibrid Honda yang dikeluarkan, Jazz Hybrid mencatatkan jualan tertinggi melebihi 6,000 unit, diikuti City Hybrid lebih 3,400 unit, dan HR-V Hybrid yang terjual melebihi 670 unit setakat Jun 2019.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia En. Sarly Adle Sarkum berkata, tahun ini merupakan tahun yang ke-15 pengenalan teknologi hibrid Honda ke Malaysia, bermula dari teknologi Integrated Motor Assist (IMA) hingga ke intelligent Dual-Clutch Drive (i-DCD).

Pada 2017, (City Hybrid dan Jazz Hybrid) dan 2019 (HR-V Hybrid), Honda Malaysia terus menjadikan negara ini sebagai satu-satunya negara di luar Jepun yang memperkenalkan sistem Sport Hybrid i-DCD. City Hybrid dan Jazz Hybrid dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuaan Dwi Klac (DCT) dengan Motor Kuasa Tinggi Bersepadu.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

HR-V Hybrid pula menjadi Kenderaan Utiliti Sukan Kompak (SUV) hibrid pertama yang dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan Suntikan Terus yang mempertingkatkan prestasi kenderaan serta kecekapan penggunaan bahan api.

Sebagai pemilik yang ke-10,000 model Honda CKD hibrid, En. Saddam Hassan telah memilih City Hybrid kerana ia sangat sesuai untuk keluarganya. Katanya, model ini sangat praktikal dan luas, terutama sekali semasa dalam perjalanan yang jauh. Tambahnya lagi, beliau amat kagum dengan prestasi hibrid, kecekapan bahan api dan juga ciri-ciri keselamatan model ini.

Bagi meraikan beliau, Honda Malaysia telah menghadiahkannya “Protection Package” yang merangkumi Ultra Body Coating, Ultra Window Coating dan Wheel Lock Nut. Selain itu, En. Saddam turut menerima pakej Modulo secara percuma sebagai token penghargaan dari Honda Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply