ARKIB

KATEGORI

Buletin

HSDM lancar pengganti Grand Starex, Staria 10-tempat duduk – Tiga varian, harga dari RM179,888

Berita Tempatan

Views

Setelah hampir setahun pelancaran versi premium Hyundai Staria versi tujuh-tempat duduk, hari ini Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan pula pengganti Grand Starex, iaitu Staria versi 10-tempat duduk ke pasaran Malaysia.

Kali ini, tiga pilihan varian ditawarkan iaitu Lite, Plus dan Max. Berikut adalah harga yang ditawarkan mengikut varian (harga atas jalan, tidak termasuk insurans):

  • Staria Lite – RM179,888
  • Staria Plus – RM196,888
  • Staria Max – RM209,888

Secara keseluruhan, lima pilihan warna ditawarkan termasuklah Abyss Black Pearl dan Creamy White (semua varian), Shimmering Silver (tambahan untuk varian Lite) serta Graphite Grey dan Moonlight Blue Pearl (tambahan untuk varian Max).

Selain itu, HSDM turut menawarkan beberapa ciri pilihan seperti injak sisi (standard atau elektronik), unit infohibur yang pada bahagian atas barisan belakang serta kemasan Alcantara.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Staria 10-tempat duduk masih mengguna pakai enjin 2.2 CRDi diesel yang sama, dengan 177 PS dan 431 Nm daya kilas dari 1,500 hingga 2,500 rpm. Enjin ini disambungkan pula kepada transmisi automatik lapan-kelajuan.

Ia turut dilengkapi dengan empat mod pemanduan, iaitu Smart, Normal, Eco dan Sport. Dari segi dimensi, Staria 10-tempat duduk berukuran 1,990 mm tinggi, 1,997 mm lebar, 5,253 mm panjang dan 3,273 mm jarak antara roda.

Model ini mempunyai susun atur tempat duduk 2-3-2-3, ruang penyimpanan yang lebih luas, serta tempat duduk gelongsor dengan fleksibiliti yang lebih tinggi sesuai mengikut keperluan yang berbeza.

Menurut Hyundai, Staria 10-tempat duduk menawarkan ruang kaki yang besar, serta rekaan tingkap sisi yang paling besar di dalam kelasnya.

MPV ini dilengkapi dengan kokpit digital sepenuhnya menampilkan paparan kluster instrumen TFT LCD bersaiz 10.25-inci (4.2-inci untuk varian Lite) dan skrin sesentuh bersaiz 8-inci di konsol tengah.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Varian Max turut diberikan ciri tambahan, iaitu kamera pandangan sekeliling 360-darjah serta sistem pendingin hawa automatik dwi-zon.

Kesemua varian dilengkapi dengan corong pendingin hawa pada bahagian siling, manakala pintu gelangsar kuasa (varian Plus dan Max), serta pintu belakang kuasa untuk varian Max sahaja.

Varian Lite diberikan kemasan tempat duduk fabrik, Plus pula mendapat kemasan separa-kulit Nappa dan Max mendapat kemasan kulit penuh, Black Nappa.

Dari segi keselamatan, Staria 10-tempat duduk didatangkan dengan enam beg udara, ABS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), VSM, EBD, TCS, Bantuan Mula Mendaki, dan Isofix untuk semua varian.

Varian Max pula dilengkapi dengan ciri bantuan pemandu termaju iaitu Hyundai SmartSense, yang terdiri daripada Bantuan Pelanggaran Titik Buta (BCA), Bantuan Pelanggaran Lintasan Belakang (RCCA) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA).

HSDM menawarkan waranti standard selama dua tahun atau 50,000 km dan turut menawarkan pilihan pakej lanjutan waranti pada harga RM10,000 yang merangkumi lima tahun atau 300,00 km dengan 3 tahun atau 50,000 km servis percuma untuk model ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply