ARKIB

KATEGORI

Tular

Suami isteri bayar baki beli Toyota Calya guna duit syiling berjumlah 18 juta rupiah

Tular

Views

Sepasang suami isteri di wilayah Jambi, Indonesia membeli sebuah kereta model Toyota Calya berharga 173 juta rupiah (RM52,743) dengan menggunakan wang syiling 1,000 rupiah (RM0.30 sen), lapor laman berita Kumparan semalam.

Menurut KOSMO! ONLINE, Agus Riyanto dan Emilia, membawa duit syiling dengan jumlah keseluruhan 18 juta rupiah (RM5,487) menggunakan guni untuk diserahkan kepada sebuah bilik pameran Toyota.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Seorang kakitangan bilik pameran berkenaan, Rika berkata, sebelum ini, mereka sudah membayar wang sebanyak 150 juta rupiah (RM45,731). Bakinya dibayar menggunakan duit syiling yang berjumlah sekitar 18 juta rupiah (RM5,487).

Menurut Rika, lebih 15 pekerja diarah untuk mengira duit syiling itu. Tambahnya, mereka telah mengira duit itu dari pukul 11 pagi (waktu tempatan) hingga 3.30 petang (waktu tempatan).

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Kata Rika lagi, ia merupakan kali pertama mereka bertemu dengan pelanggan yang membeli kereta menggunakan duit syiling.

Tambah Agus, duit syiling itu dikumpul selama dua tahun hasil daripada perniagaan kedai runcit mereka. Jelasnya, pasangan berkenaan mendapat inspirasi daripada anak mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kumparan.com

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply