ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Grand Starex dikemaskini – Warna baharu, harga dari RM163,888

Berita Tempatan

Views

Kenderaan pelbagai guna (MPV) premium 11-tempat duduk, Hyundai Grand Starex masih hangat dipasaran dengan hanya berbaki beberapa unit terhad sahaja lagi. Grand Starex kini didatangkan dengan kit badan sporty dan warna luaran baharu iaitu Moonlight.

Antara penambaikan luaran termasuklah lampu belakang kristal dan spoiler belakang dengan lampu brek. Menurut Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors, Low Yuan Lung, Grand Starex merupakan pilihan popular untuk perniagaan dan keluarga besar kerana ia fungsi dan praktikalitinya.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Tambah beliau, model ini juga merupakan salah satu model terlaris selepas Kona dan Elantra. Ditawarkan dengan dua pilihan varian, Grand Starex Executive Plus dan Grand Starex Plus with Telematics.

Ia dijana oleh enjin diesel 2.5 CRDi VGT yang digandingkan bersama transmisi lima-kelajuan automatik dengan Shiftronic. Antara ciri premium Starex termasuklah tempat duduk boleh pusing di barisan kedua, ciri keselamatan, monitor di bahagian atas dan banyak lagi.

Dengan tambahan RM2,000, Grand Starex Plus with Telematics didatangkan dengan Sistem Telematik bagi mempertingkatkan keselamatan pemandu dan juga penumpang. Perkhidmatan concierge turut ditawarkan untuk varian ini bagi memudahkan pelanggan untuk menempah janji temu servis atau untuk menjejak dan melaporkan kecurian kenderaan.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Sistem Telematik ini didatangkan dengan enam perkhidmatan, iaitu:

  • eCall: Automatic Accident Detection
  • Manual eCall: Emergency Assistance
  • bCall: Breakdown Assistance
  • Service Assist
  • Mobile App – Connected Security Features
  • Stolen Vehicle Tracking.

Grand Starex didatangkan dengan waranti selama 5-tahun atau 300,000km. Harga yang ditawarkan untuk varian Grand Starex Executive Plus adalah RM163,888 manakala Grand Starex Executive Plus with Telematics dijual pada harga RM165,888 (termasuk pengecualian cukai jualan Penjana, cukai import dan duti eksais tidak termasuk insurans).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply