ARKIB

KATEGORI

Buletin

HSR: Singapura belum terima cadangan baharu daripada Malaysia

Berita Tempatan

Views

Kerajaan Singapura belum menerima sebarang cadangan baharu daripada Malaysia berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat, berkata republik itu sedia berbincang dengan Malaysia mengenai pelaksanaan semula projek HSR itu.

Singapura sedia untuk berbincang sebarang cadangan baharu bagi HSR Kuala Lumpur-Singapura daripada pihak Malaysia dengan penuh kepercayaan, dengan bermula semula daripada awal.

Setakat ini pihaknya belum menerima apa-apa cadangan baharu daripada Malaysia. Beliau berkata demikian kepada Parlimen Singapura, semalam.

Memetik laporan The Straits Times, Malaysia baru-baru memulakan proses untuk menghidupkan semula projek HSR yang dibatalkan pada 2021, dengan sesi taklimat Permintaan Maklumat (RFI) oleh MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) pada 27 Julai lalu dihadiri 700 pihak berkepentingan dan sejumlah wakil asing.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut MyHSR Corp, proses itu terbuka kepada firma tempatan dan antarabangsa, yang membolehkan kerajaan Malaysia meneliti keupayaan pihak industri untuk membiayai sepenuhnya projek berkenaan.

Menjawab soalan Saktiandi Supaat (Bishan-Toa Payoh GRC) yang bertanya sama ada terdapat perubahan pada jajaran asal HSR di Singapura jika projek itu dilaksanakan semula, Hong Tat berkata kerajaan Singapura perlu meneliti cadangan daripada pihak Malaysia terlebih dahulu.

Dalam perancangan asal, jajaran HSR itu merangkumi tujuh stesen di Malaysia, sebelum berakhir di Jurong East di Singapura.

Tambah Hong Tat, pihaknya terbuka terhadap sebarang kemungkinan untuk mencapai persetujuan menang-menang antara Singapura dan Malaysia.

Ditanya Louis Chua (Sengkang GRC) sama ada pihak berkuasa Singapura terbabit dalam RFI itu atau ada firma Singapura menyertai sesi RFI pada Mac lalu, Hong Tat berkata proses dikendalikan MyHSR sepenuhnya dan tidak membabitkan pihak Singapura.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Projek HSR itu ditamatkan pada Januari 2021 selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan terhadap beberapa perubahan yang diusulkan Malaysia.

Kedua-dua negara bersetuju membina projek rel itu pada 2013 dan menandatangani perjanjian pembinaannya pada 2016.

Bagaimanapun pada 2018, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menangguhkan pelaksanaannya selama lebih dua tahun sehingga Disember 2020 atas alasan kos terlalu tinggi, sebelum ia dibatalkan pada 1 Januari 2021.

Pembatalan projek itu menyebabkan Malaysia perlu membayar SG$102.8 juta kepada Singapura sebagai pampasan.

Pada 11 Mei lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata pihaknya sedang meneliti kertas cadangan pelaksanaan semula Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura membabitkan pelaburan swasta, dengan beberapa syarikat swasta menyatakan minat melaksanakan semula projek itu. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan, kredit MyHSR

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply