ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis cari pemandu Proton Wira rompak gerai durian

Tular

Views

Pembantu gerai durian di Kawasan Perindustrian Benus, di Bentong berdepan detik cemas apabila disamun lelaki bersenjata menyerupai pistol, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian jam 4.44 petang ketika wanita berusia 38 tahun itu berseorangan di gerai terbabit.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Wanita warga asing itu didatangi lelaki yang memandu Proton Wira. Suspek kemudian mengacukan senjata menyerupai pistol ke arah mangsa. Dia mengarahkan wanita terbabit menyerahkan wang hasil jualan sebelum melarikan diri.

Zaiham berkata, mangsa yang bekerja dengan lelaki warga tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya kini giat mengesan suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video berdurasi 26 saat memaparkan seorang lelaki yang menaiki Proton Wira merompak gerai jualan durian di Kawasan Perindustrian Benus, di Bentong. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply