ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton gesa pemilk model Perdana keluaran 2012-2018 ganti beg udara Takata dengan segera

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Proton Cars, pengeluar kereta nasional itu menggesa para pemilik model Proton Perdana tahun keluaran 2012 hingga 2018 dan masih belum menggantikan beg udara supaya menghubungi pusat servis bertauliah yang berhampiran untuk khidmat penggantian beg udara secara percuma.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Penggantian beg udara hadapan Takata adalah sebagai langkah berjaga-jaga berikutan pengumuman sama yang telah dikeluarkan oleh Honda Motor Company berkenaan dengan inflator beg udara penumpang pada model Accord.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Semua tindakan yang diambil adalah selaras dengan Laporan Maklumat Kerosakan (DIR) terbaharu yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Keselamatan dan Trafik Lebuh raya Kebangsaan Amerika (NHTSA) yang memerlukan penggantian inflator beg udara bukan kering (non-desiccated).

Para pemilik boleh menghubungi talian Proton Customer Care di 1800-888-398 atau e-mel kepada [email protected] sekiranya mahu penjelasan yang lebih lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply