ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai IONIQ 6 dilancarkan – Varian Max RWD dan Max AWD, harga dari RM289,888

Berita Tempatan

Views

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini secara rasminya melancarkan Hyundai IONIQ 6 di Malaysia. Pemenang tiga anugerah berprestij global, 2023 World Car of the Year, 2023 World Electric Vehicle of the Year dan 2023 World Car Design of the Year, sedan elektrik ini merupakan model kedua IONIQ.

IONIQ 6 ditawarkan dalam dua pilihan varian, Max RWD dan Max AWD. Harga yang ditawarkan bermula dari RM289,888 untuk Max RWD, manakala varian Max AWD dijual pada harga RM319,888 (harga atas jalan tidak termasuk insurans).

Lima pilihan warna menarik ditawarkan, ia termasuklah Abyss Black Pearl, Nocturne Grey Matte, Biophilic Blue Pearl, Dive Blue Solid dan Gravity Gold Matte.

IONIQ 6 didatangkan dengan jaminan lapan tahun atau 160,000 km. Dengan tambahan RM10,000, waranti standard akan dilanjutkan sehingga lima tahun atau 100,000 km termasuk servis percuma selama tiga tahun atau 50,000 km.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Bukan itu sahaja, 30 pemilik terawal akan menerima setahun keahlian Shell Recharge Gold selama setahun semasa penyerahan kenderaan. Model ini dibina dari pelantar Electric Global Modular Platform (E-GMP) dan merupakan salah satu daripada beberapa model EV dengan senibina 800-volt.

IONIQ 6 menyokong pengecasan 350 kW DC yang membolehkannya dicas dari 10 peratus hingga 80 peratus hanya dalam masa 18 minit. Malah, IONIQ 6 merupakan salah satu EV dengan pengecasan terpantas di dunia.

Varian Max RWD dipacu motor elektrik tunggal, manakala Max AWD dipacu oleh dua motor elektrik. Kedua-duanya dikuasakan oleh bateri lithium-ion polimer berkapasiti 77.4 kW yang memberikan jarak pemanduan 614 km (Max RWD) dan 519 km (Max AWD) mengikut kitaran WLTP.

Dengan motor elektrik pada setiap gandar roda, varian Max AWD mampu menjana output 239 kW dan 605 Nm daya kilas. Ia juga mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 5.1 saat. IONIQ 6 menampilkan gaya reka bentuk fastback dengan pekali seretan serendah 0.21.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ia turut menampilkan elemen ‘retrofuturism‘ menerusi pencahayaan ‘Parametric Pixel‘ di beberapa bahagian termasuklah lampu hadapan dan belakang, lampu brek ketiga pada spoiler belakang dan juga pada roda sterengnya.

Ruang kabinnya pula menampilkan paparan infohibur bersaiz 12.3-inci, ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay, pengecasan niwayar, penggunaan bahan mesra-alam dan pencahayaan ambien pelbagai-warna.

Dari segi keselamatan, IONIQ 6 telah menerima pengiktirafan 5-bintang Euro NCAP dengan ciri-ciri keselamatan standard seperti tujuh beg udara dan Hyundai SmartSense yang merangkumi Remote Smart Parking Assist.

Selain itu, ia turut menampilkan ciri inovatif seperti Vehicle-to-Load (V2L), yang membolehkan kereta ini bertukar menjadi bank kuasa menerusi dua outlet (satu di dalam dan satu lagi di luar).

Bagi mereka yang berminat IONIQ 6 secara lebih dekat, boleh lah berkunjung ke acara paultan.org Electric Vehicle Expo (EVx) pada hari Sabtu dan Ahad ini di Pusat Konvensyen Setia City. Masuk adalah percuma. Sesi pandu uji turut ditawarkan di lokasi terletak bersebelahan di Bangunan Ballroom.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply