ARKIB

KATEGORI

Buletin

Objek pada tayar belakang Toyota Celica milik Siti Kasim dipercayai bom jenis IED

Berita Tempatan

Views

Polis mengesahkan objek menyerupai bom diletakkan pada tayar belakang kereta milik Peguam, Siti Zabedah Kasim dipercayai bom jenis Improvised Explosive Device (IED).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan tersebut kira-kira pada pukul 12.38 tengah hari daripada seorang wanita.

Katanya, mangsa yang juga dikenali sebagai Siti Kasim menyatakan ada objek menyerupai bom diletakkan bahagian tayar belakang kereta jenis Toyota Celica miliknya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Sejurus terima panggilan itu, pasukan polis serta merta menutup kawasan sekitar kenderaan yang mempunyai bahan letupan terbabit serta memanggil Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Bomba.

Pemeriksaan dilakukan mendapati dua botol plastik yang diletakkan adalah bahagian tayar belakang itu adalah dipercayai bom jenis IED.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan siasatan lanjut akan dilakukan pihak polis untuk mendapatkan pengesahan mengenai bahan letupan itu.

Bom tersebut berjaya bawa keluar oleh pihak polis dan akan dihantar kepada pakar (Unit Forensik) untuk pengesahan yang lebih tepat.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Siasatan terhadap mangsa pula mengatakan dia berada di lokasi kejadian untuk servis kereta tersebut sebelum memulakan perjalanan ke Kelantan.

Menurut mangsa, dia ada menerima ancaman sebelum ini dan selebihnya masih dalam siasatan. Terdahulu, Kosmo! melaporkan Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim mendakwa terdapat objek menyerupai bom diletakkan pada keretanya.

Siti Kasim dalam siaran langsung di Facebook rasminya berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya itu ke pusat servis kereta, di Jalan Maarof, sekitar pukul 12 tengah hari tadi.

Dia mendapati terdapat dua botol mineral yang disangkut di bahagian belakang tayar kereta ketika berada di bengkel kereta untuk servis kenderaanya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Siti Kasim

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply