ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai perkenal Venue di New York Auto Show

Berita Global

Views

Ketika pasaran SUV/crossover semakin hangat, gergasi automotif dari Korea Selatan, Hyundai mengambil kesempatan ini dengan melancarkan sebuah crossover kompak yang dinamakan Venue sempena New York Auto Show 2019. Ia dijangka mula memasuki pasaran pada hujung tahun ini dan Venue mempunyai reka bentuk yang mantap terutama sekali di bahagian depan.

Rekaaan jerijinya agak unik yang dihiasi dengan kombinasi susunan bentuk palang kecil 3 dimensi dan ia diapit oleh sepasang lampu depan berbentuk kiub dengan lampu nyalaan siang LED (DRL) nipis yang melingkarinya. Venue mempunyai lengkung roda yang menonjol dan garis badan yang kukuh, sekaligus menyerlahkan keperkasaannya walaupun bersaiz agak kecil.

Model crossover ini dilengkapi dengan rim standard bersaiz 15-inci, tetapi pelanggan boleh memilih rim yang lebih besar bersaiz 17-inci sebagai pilihan. Lapan warna yang ranggi ditawarkan pada model crossover ini, iaitu Black Noir, Ceramic White, Denim, Galactic Gray, Green Apple, Intense Blue, Scarlet Red dan Steller Silver.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Pelanggan juga boleh memilih aksesori tambahan seperti bumbung suria berkuasa, cermin belakang privasi dan bumbung yang kontras. Venue sebenarnya bersaiz lebih kecil berbanding Kona dengan ukuran dimensi 4,036 mm panjang, 1,770 mm lebar, 1565 mm tinggi dengan jarak gandar 2,520 mm.

Jika dibandingkan dengan Kona, Venue 130mm lebih pendek, 30 mm lebih sempit tetapi 15 mm lebih tinggi. Jarak gandarnya juga lebih pendek 81 mm berbanding dengan Kona. Di ruang kabin, rekaan papan pemuka Venue nampak biasa-biasa sahaja namun sterengnya tetap dibaluti dengan kulit dan dilengkapi dengan sistem Paparan Audio bersaiz 8-inci yang serasi dengan Android Auto dan Apple CarPlay.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan port pengecasan USB, kamera pandang belakang dan kelompok instrumen bersama paparan 3.5-inci. Model ini turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu seperti Bantuan Menghindar Rempuhan Hadapan, Bantuan Kekal Lorong, Amaran Titik Buta, Amaran Lintasan Belakang dan Amaran Tumpuan Pemandu.

JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Venue dijana oleh enjin Smartstream Gamma 1.6-liter empat silinder yang merupakan versi naik taraf enjin Gamma sebelumnya. Perubahan yang dilakukan pada enjin ini berjaya mempertingkatkan kecekapan bahan bakar dan menurut Hyundai penggunaan bahan bakar Venue adalah sekitar 33 mpg.

Enjin ini bakal digandingkan bersama pilihan transmisi manual enam-kelajuan atau CVT. Semua varian akan dilengkapi dengan pemanduan roda hadapan, tetapi Hyundai mengatakan model ini akan turut ditawarkan dengan mod salji untuk membantu prestasinya ketika musim sejuk.

Harganya hanya akan diumumkan semasa tarikh pelancaran semakin hampir, namun difahamkan Venue dijual pada harga yang lebih rendah berbanding Kona. Mungkin Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) boleh mempertimbangkan model ini untuk masuk ke pasaran Malaysia mulai tahun depan, setuju tak?

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply