ARKIB

KATEGORI

Buletin

Xiaomi perkenal kereta pertama di Shanghai Motorshow 2019

Berita Global

Views

Dalam diam-diam pengeluar peranti pintar dan juga perkakasan elektrik dari China, Xiaomi telah menghasilkan sebuah SUV yang merupakan kereta pertama mereka. Sebenarnya ia bukanlah suatu perkara yang pelik kerana Apple juga pernah merancang untuk membangunkan kereta swapandu, manakala gergasi Korea Selatan, Samsung lebih awal menghasilkan kereta dengan kerjasama Renault.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Sebenarnya Xiaomi Redmi Car adalah hasil usaha sama syarikat pengeluar peranti pintar tersebut dengan pengeluar automotif tertua di China, First Automotive Works (FAW). Ia dikenali dengan Bestune T77 dan akan diperkenalkan semasa Shanghai Motorshow 2019.

Redmi Car atau 209 bukanlah sebuah kereta elektrik atau dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon. Ia dijana oleh enjin petrol 1.2 liter turbo yang mampu menghasilkan 143 kuasa kuda dengan 204 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau tujuh-kelajuan dwi-klac.

JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Ia dilengkapi dengan peralatan standard seperti Bantuan Holografik Maya, lampu LED, papan pemuka digital, percerminan telefon pintar, enam beg udara, Amaran Perlanggaran Hadapan, Amaran Titik Buta, Kawalan Cengkaman dan Kestabilan serta lain-lain lagi. SUV ini bakal dipasarkan dengan tanda harga sekitar RM54,950 atau RMB89,000 di pasaran China.

Adakah kita bakal menyaksikan Huawei, Oppo atau Vivo melancarkan kereta mereka pula nanti? Tak dapat nak bayangkan kalau Huawei ada kereta dengan teknologi lensa Leica atau kereta Vivo dengan bumbung suria terangkat. Hehehe.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply