ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geng Y-Suku meragut di Muar – Tiga daripada empat suspek berjaya ditahan

Berita Tempatan

Views

Semalam Harian Metro melaporkan empat sekawan sanggup berkonvoi motosikal Yamaha Y15ZR sejauh lebih 100 kilometer ke Muar untuk berlibur dan meragut Sabtu lalu. Namun pihak polis mereka berjaya menahan tiga daripada empat lelaki itu di Cheras, Kuala Lumpur dan Rawang, Selangor dalam tempoh 72 jam selepas jenayah dilakukan.

Polis kini sedang giat memburu seorang lagi suspek dikenal pasti Mohd Fariezzuan Shah Che Arif atau ‘toncet’, 27, beralamat terakhir di Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mereka dipercayai terbabit dalam tiga kes ragut di Muar, Sabtu lalu termasuk insiden membabitkan seorang wanita di Jalan Pesta, Bakri yang tular di media sosial.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar membuat tangkapan terhadap dua lelaki berusia 22 dan 24 tahun dalam dua serbuan berasingan di Cheras, Kuala Lumpur pada 15 April lalu. Mereka kini direman sehingga 22 April bagi membantu siasatan.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Seorang lagi suspek berusia 24 tahun ditahan dalam satu serbuan di Rawang, Selangor, pagi semalam dan dia akan direman untuk siasatan lanjut. Pihak polis turut merampas tiga motosikal Yamaha Y15ZR, pakaian serta topi keledar yang digunakan dalam tiga kes berkenaan bagi membantu siasatan.

Seorang lagi suspek yang dikenal pasti masih lagi dikesan oleh polis. Sabtu lalu, penduduk sekitar Muar gempar apabila video berdurasi enam saat memaparkan seorang wanita berjalan kaki diragut dan diseret oleh lelaki bermotosikal.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu telah menyebabkan penduduk di kawasan tersebut bimbang kejadian sama berulang. Semua suspek dipercayai terbabit dalam tiga kes iaitu di sebuah stesen minyak di pusat bandar, di Jalan Pesta, Bakri dan di Jalan Mega, Bakri.

JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Siasatan mendapati empat lelaki terbabit berkonvoi motosikal ke Muar dari Lembah Klang untuk melancong tetapi kemudiannya bertindak meragut. Kes pertama berlaku di stesen minyak di pusat bandar tetapi suspek gagal mendapat apa-apa barang.

Kejadian kedua berlaku di Jalan Pesta, Bakri, membabitkan wanita tetapi gagal dan wanita itu juga hanya mengalami kecederaan ringan. Dalam cubaan ketiga di Jalan Mega, Bakri, suspek berjaya melarikan wang tunai RM4,500.

Semakan rekod mendapati tiga daripada empat suspek ada rekod jenayah lampau dan mereka bukan penduduk daerah atau negeri ini. Dengan tumpasnya kumpulan ini, IPD Muar berjaya menyelesaikan tiga kes ragut yang berlaku di daerah ini dalam tempoh 72 jam. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Muar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply