ARKIB

KATEGORI

Buletin

Idea rekaan ACSDC 2023 bakal digunakan untuk pembangunan Bezza generasi kedua atau sedan kompak baharu

Berita Tempatan

Views

Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) telah menyempurnakan majlis prapelancaran Asian Compact Sedan Design Challenge (ACSDC) 2023 di Putrajaya, semalam.

MRM merupakan salah sebuah agensi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang telah ditubuhkan pada tahun 1993.

Pertandingan ini merupakan inisiatif bersama antara MRM dan Perodua, dengan objektif utamanya adalah bagi menggalakkan budaya kreativiti dan inovasi berkualiti tinggi dalam kalangan pereka.

Selain itu, pertandingan ini juga dapat menghasilkan reka bentuk yang bersesuaian dan menepati kehendak Perodua sebagai salah sebuah syarikat pengeluar kereta nasional.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

ACSDC dibahagikan kepada dua kategori iaitu, kategori profesional dan kategori pelajar institusi pengajian tinggi.

Berikut adalah hadiah mengikut kategori:

Kategori profesional

  • Pertama: RM20,000
  • Kedua: RM15,000
  • Ketiga: RM10,000

Kategori pelajar institusi pengajian tinggi

  • Pertama: RM18,000
  • Kedua: RM13,000
  • Ketiga: RM8,000

* Dua pemenang saguhati akan menerima RM4,500 setiap seorang

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Lebih menarik, pertandingan ini turut dibuka kepada peserta dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Brunei Darussalam, Vietnam, Laos, Singapura, Myanmar, Filipina, Cambodia, Jepun, dan Korea.

Matlamat utama pertandingan ini dibuka kepada negara-negara berkenaan bagi tujuan perkongsian idea dan identiti terutama dalam aspek budaya antara negara-negara Asia yang lain.

Dalam masa yang sama, ACSDC secara tidak langsung dapat mempromosikan Perodua sebagai salah sebuah syarikat pengeluar kereta nasional terbesar di Malaysia.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, idea rekaan yang terpilih bakal digunakan dalam pembangunan model Bezza generasi baharu atau sedan kompak serba baharu yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply