ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat peningkatan jualan 28.6 peratus pada separuh pertama 2023

Berita Tempatan

Views

Proton melepasi separuh pertama tahun 2023 dengan cemerlang apabila mencapai jumlah jualan terkumpul terbaik sejak tahun 2012. Dengan 14,351 unit dijual pada bulan Jun (domestik + eksport), jumlah jualan kini berjumlah 77,321 unit.

Ia menunjukkan peningkatan 28.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mengatasi pertumbuhan jualan untuk industri lebih tiga kali ganda.

Bagi bulan Jun, Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan sebanyak 61,900 unit dan hasilnya, pegangan pasaran Proton dianggarkan pada 23.2 peratus.

Angka pegangan pasaran tahun setakat ini telah meningkat semula kepada 21.3 peratus, satu peningkatan sebanyak 3.2 peratus dalam tempoh yang sama dari tahun 2022.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ia merupakan pertumbuhan tertinggi dalam kalangan lima jenama teratas di pasaran automotif Malaysia, yang juga meningkat sebanyak 9.4 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Saga kembali mendahului dalam kategori sedan segmen-A dengan jualan sebanyak 6,111 unit pada bulan Jun. Secara kumulatif, 33,325 unit telah dijual setakat ini dan merupakan prestasi terbaiknya sejak tahun 2012.

Sebanyak 1,082 unit kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama Proton, iaitu X90 telah diserahkan, menjadikannya peneraju dalam kategori SUV segmen-D.

Persona pula mencatat jualan sebanyak 2,254 unit pada bulan Jun dan kembali sebagai pendahulu dalam kategori sedan segmen-B, sambil mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju segmen keseluruhan selepas enam bulan.

Model ini turut mencatat pertumbuhan jualan sebanyak 79.4 peratus, meskipun mendapat saingan yang lebih baharu dan lebih mahal daripada jenama lain.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

X50 kekal sebagai pendahulu keseluruhan dalam kategori SUV segmen-B dan masih menjadi SUV paling popular di Malaysia, sejak bulan Oktober 2020.

Sebanyak 2,449 unit X50 telah dijual pada bulan Jun dengan jumlah kumulatif sebanyak 17,562 unit telah diserahkan tahun ini, meningkat 9.9 peratus berbanding tahun 2022.

Satu lagi model Proton yang menerajui segmennya (MPV segmen-C) adalah Exora, dengan jumlah jualan sebanyak 368 unit pada bulan Jun. Ia membawa kepada peningkatan terkumpul sebanyak 21.5 peratus.

Sementara itu, Iriz mencatat jualan 842 unit pada bulan Jun, ketiga terbaik dalam segmennya dengan lonjakan 58.6 peratus tahun ini. X70 pula mencatatkan prestasi kedua terbaiknya untuk tahun ini dengan 1,245 unit dijual bulan lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, untuk separuh kedua tahun ini pihaknya dengan produk dan strategi promosi untuk meneruskan trajektori pertumbuhan.

Tambah beliau, pihaknya juga akan melaksanakan rancangan kami untuk mengemas kini rangkaian, melancarkan kemasukan ke pasaran EV Malaysia dengan PRO-NET dan meningkatkan lagi kualiti produk.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply