ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ikhlas Motor Takaful COVID-19 Relief: Inisiatif Takaful Ikhlas bantu golongan B40 dan M40

Berita Tempatan

Views

Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas) melancarkan inisiatif Ikhlas Motor Takaful COVID-19 Relief bagi membantu masyarakat mendapatkan perlindungan takaful motor dengan kadar sumbangan yang kompetitif dan berpatutan.

Harian Metro melaporkan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eddy Azly Abidin berkata, Ikhlas Motor Takaful COVID-19 Relief adalah inisiatif untuk membantu masyarakat yang pendapatannya terjejas akibat pandemik COVID-19, khususnya golongan B40 dan M40.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, sepanjang tempoh pelaksanaan inisiatif ini, masyarakat boleh mendapatkan produk takaful motor iaitu Ikhlas Private Car Comprehensive Takaful dan Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful dengan kadar sumbangan asas yang lebih rendah.

Tambah beliau, ini secara tidak langsung dapat mengurangkan jumlah keseluruhan sumbangan kepada perlindungan Takaful Motor pelanggan.

Tawaran inisiatif ini adalah terhad sehingga 31 Julai 2021. Pihaknya turut menyediakan saluran dalam talian bagi memudahkan pelanggan kami untuk mendapatkan produk ini dengan urusan yang lebih cepat, mudah dan selamat.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Beliau berharap agar orang ramai mengambil peluang mendapatkan perlindungan takaful motor dengan kadar sumbangan asas yang lebih rendah dalam tempoh terhad ini.

Menurutnya, inisiatif itu turut menawarkan manfaat tambahan COVID-19 Relief #weprotecteveryone iaitu elaun khas hospital sebanyak RM1,000 untuk rawatan di hospital atau manfaat tunai sebanyak RM1,000 kepada benefisiari apabila peserta atau orang yang dilindungi meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Turut ditawarkan juga Ikhlas Waqf & Endowment (IWE) yang diberikan secara percuma kepada peserta. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, boleh melayari www.takaful-ikhlas.com.my atau e-mel kepada [email protected] dan ejen berdaftar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply