ARKIB

KATEGORI

Buletin

Iklan acah Toyota Fortuner facelift turut disiarkan

Berita Tempatan

Views

Bukan satu, tetapi dua model facelift bakal diperkenalkan oleh Toyota Malaysia tidak lama lagi. Selain Innova facelift model Fortuner facelift turut diacah ke laman Facebook rasmi mereka sejak semalam. Nampaknya Toyota Malaysia tidak sabar lagi untuk menjadi yang pertama memperkenalkan model baharu mereka tahun ini.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Model yang dikemaskini itu mula diperkenalkan ke pasaran Thailand pada bulan Jun tahun lalu menampilkan beberapa perubahan kosmetik terutama pada bahagian jeriji depan dan lampu jenis bi-LED dengan lampun siang (DRL). Jika dilihat pada imbasan model yang disiarkan menerusi iklan acah ini, varian Legender akan turut ditawarkan sebagai pilihan.

Ia merupakan varian andalan di Thailand yang menampilkan gaya yang lebih aggresif. Di negara tersebut, model ini dikuasakan oleh dua pilihan enjin diesel, salah satunya 2GD-FTV 2.4 liter yang menjana 150 PS dan 400 Nm daya kilas. Satu lagi pilihan enjin ialah 1GD-FTV 2.8 liter yang menjana 204 PS dan 500 Nm daya kilas.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Tidak dipastikan unit penjana yang manakah akan ditawarkan ke pasaran Malaysia memandangkan model semasa hanya menerima pilihan enjin diesel 2GD-FTV serta unit petrol 2TR-FE 2.7 liter yang menghasilkan 166 PS dan 245 Nm daya kilas. Ia digandingkan pula dengan kotak gear 6-kelajuan automatik dan hanya ditawarkan dalam pilihan pacuan empat roda (4WD) sahaja.

Fortuner facelift turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan Toyota Safety Sense yang merangkumi Kawalan Jelajah Radar Dinamik, Sistem Pra-Perlanggaran dan Amaran Penukaran Lorong untuk varian Legender. Anda juga boleh mendaftarkan minat pada model Fortuner facelift menerusi pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply