ARKIB

KATEGORI

Imej Paten

Imej paten Geely Jia Ji facelift dibongkar! ‘Exora tak jadi’ guna kemasan jeriji ala ‘Infinite Weave’

Imej Paten

Views

Seperti biasa, pembongkar imej paten prolifik yang juga merupakan sahabat kami, Vanhoe Rage sekali lagi sekali lagi berjaya membongkar imej paten terbaharu.

Kali ini, dia berjaya mendapat beberapa imej paten sebuah MPV yang didaftarkan atas nama Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. dan Shanghai Geely Zhai Ran Automobile Design Co., Ltd.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Model MPV itu adalah Geely Jia Ji versi facelift yang kini tampil dengan gaya baharu yang lebih segar. Boleh dikatakan sebahagian besar rekaan model asalnya masih tidak berubah, kecuali di bahagian depan dan juga belakang.

Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran kemasan jeriji ala ‘Infinite WeaveProton yang ‘nampak kena’ dengan bentuk bingkai jeriji dan juga lampu depan rekaan serba baharu pada model ‘Exora tak jadi’ ini.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Jia Ji facelift juga menampilkan falsafah rekaan keluarga baharu Geely, iaitu “Energy Storm” yang mula diperkenalkan pada model konsep Vision Starburst dan telah diterapkan pada model sedan Emgrand L dan Bin Yue S versi facelift.

Di bahagian belakang, rekaan lampunya juga berubah dengan menampilkan bentuk 3 dimensi. Reka bentuk bampar depan dan belakang kini lebih sporty.

Secara keseluruhan, kami rasa Jia Ji facelift jauh lebih garang dan moden berbanding model sebelumnya. Apa pula pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Vanhoe Rage

Geely Jia Ji

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply