ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

IMPRESI ARTIS: Sampai ke sudah tiada pengganti, Theottle reka sendiri Exora baharu dan diberi nama Proton M70

Impresi Artis

Views

Sahabat kami yang pakar dalam manipulasi digital, Theophilus Chin@Theottle masih belum lagi puas ‘mengeksplorasi’ elemen reka bentuk model Proton S70.

Untuk kali ini, Theottle cuba hidupkan kembali ‘legasi Exora‘ menerusi karya terbaharunya yang diberi nama Proton M70.

Setelah Exora secara rasminya tamat pengeluaran pada November lalu, tiada tanda-tanda Proton untuk menggantikannya.

Beberapa tahun lalu, penulis pernah terdengar spekulasi yang mengatakan model MPV berkenaan akan digantikan dengan minivan Geely Jiaji, namun berita tersebut ‘basi begitu sahaja’.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Cuma model ‘Exora tak jadi’ ini pernah meminjam kemasan jeriji seakan-akan corak ‘Infinite Weave‘ dan palang krom berbentuk seperti busur atau ‘Ethereal Bow‘ pada versi faceliftnya iaitu Jiaji L.

Selepas itu, penulis sekali lagi mendengar khabar angin yang mendakwa Proton akan membangunkan semula Exora baharu menggunakan pelantar asalnya.

Reka bentuk keseluruhan (top hat) Exora itu akan dihasilkan sepenuhnya oleh pereka tempatan dengan menyuntik gaya rekaan kontemporari dan turut menerapkan elemen rekaan terkini Proton.

Dikhabarkan ia akan menggunakan enjin dan transmisi yang dibekalkan oleh Geely. Namun, khabar angin itu juga mengalami nasib yang sama, “ibarat kentut yang berlalu pergi”.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Sehingga kini tiada lagi berita berkenaan model pengganti Exora selepas itu. Berbalik semua kepada Proton M70 versi Theottle, nama yang dipilih itu langsung tiada kaitan dengan ‘kasta’ taraf hidup di Malaysia.

Ia dihasilkan menggunakan model Volkswagen Touran yang mempunyai dimensi yang hampir sama dengan Exora.

Dengan menerapkan elemen penggayaan pada model sedan Proton S70 seperti jeriji, lampu, rim dan bampar, bayangan pengganti Exora berjaya dihasilkan.

Pada pendapat kami rekaan ini menarik, cuma rekaan asal Volkswagen Touran nampak sudah ‘dimamah usia’ dan pada pemerhatian penulis, trend rekaan MPV atau minivan masa kini lebih cenderung ke arah gaya ‘crossover‘.

Apa pula pendapat anda? Sudikanlah menonton di sebalik tabir pembikinan Proton M70 pada bahagian atas artikel ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply