ARKIB

KATEGORI

Buletin

Individu bawa keluarga diarah patah balik sebab belum lengkap vaksinasi

Berita Tempatan

Views

Seorang individu yang memandu kenderaan dari luar Kelantan diarahkan berpatah balik pada hari pertama pembukaan sempadan negeri.

Astro AWANI melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, individu yang turut membawa ahli keluarga itu diarahkan berbuat demikian di sekatan jalan raya (SJR) di sempadan Terengganu-Kelantan, di Bukit Yong, di Pasir Puteh semalam, selepas polis mendapati dirinya tidak lengkap dos vaksinasi.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Katanya, di SJR Bukit Yong, telah dikesan mereka yang tidak lengkap dua dos vaksin. Ada yang baharu menerima satu dos, namun sudah cuba untuk masuk ke Kelantan dan pihaknya mengarahkan supaya berpatah balik.

Pihaknya juga menubuhkan 154 pasukan pemantau di seluruh Kelantan bagi memantau pusat rekreasi restoran dan awam lain. Beliau berharap orang ramai supaya mematuhi ketetapan yang dibuat oleh kerajaan.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau SJR Bukit Yong petang tadi, beliau menjelaskan berlaku peningkatan masuk kenderaan dari luar Kelantan menjelang petang semalam sehingga mencapai 20 peratus.

Aliran pengguna jalan raya itu membabitkan laluan masuk di Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh. Beliau turut memaklumkan, sejumlah 540 anggota polis Kelantan ditugaskan untuk menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan, yang turut melibatkan anggota yang memakai pakaian biasa.

Kumpulan Pemantau Polis Kelantan ditubuh dan digerakkan pagi tadi bagi menghadapi kebanjiran kepulangan golongan perantau Kelantan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply