ARKIB

KATEGORI

Tular

Individu sama didakwa berjaya bida nombor FF9, FF99 dan FF999?

Tular

Views

Menerusi satu foto yang kini tular di media sosial menyaksikan nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan Putrajaya ‘siri FF‘ iaitu FF9, FF99 dan FF999, didakwa telah dibeli oleh seorang individu sama.

Menerusi foto tersebut, ternyata tiga siri nombor pendaftaran tersebut telah dimenangi oleh seorang individu setalah tamat sesi pembidaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kelmarin.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

“Banyak kaya orang ni, semua siri nombor ‘9’ dia punya,” jelas seorang pengguna media sosial Facebook, hari ini.

Ada juga komen orang ramai yang memuji individu tersebut kerana pandai menilai berkenaan nilai sebenar nombor pendaftaran tersebut jika dijual kembali kepada individu lain.

“Pembida ni bijak, tahu harga nombor ni mahal bila dijual balik selepas ini,” Tony Gang.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Terdahulu, difahamkan nombor pendaftaran FF9 telah berjaya dibida oleh seorang wanita berbangsa Cina dan dikatakan bakal diletakkan di sebuah kereta ‘sport’ jenama McLaren.

Sebelum ini, pihak JPJ telah melanjutkan masa bidaan siri nombor pendaftaran FF menerusi sistem JPJeBid yang dijadual tamat hari ini, hingga 10 malam 19 Mei 2023.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, langkah itu diambil selepas mengambil maklum aduan orang ramai tentang sistem JPJeBid yang tidak stabil apabila tempoh untuk pembidaan bagi nombor plat FF akan berakhir disebabkan trafik yang tinggi. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply