ARKIB

KATEGORI

Buletin

Indonesia bakal jadi lokasi kilang bateri Tesla?

Berita Global

Views

Memetik laporan dari salah satu agensi berita tertua di Indonesia, pengeluar kereta elektrik dari Amerika Syarikat, Tesla kini sedang mencari lokasi untuk membina kilang bahan mentah bateri lithium di kawasan Taman Perindustrian Morowali (IMIP), di wilayah Tengah Sulawesi, Indonesia.

Baru-baru ini, menurut laman sesawang Seasia.co, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim, Luhut Binsar Pandjaitan, telah menamakan Tesla sebagai salah satu syarikat yang dilaporkan sedang mencari lokasi untuk membina kemudahan bateri di rantau ini. Bercakap di Istana Presiden di Jakarta pada hari Selasa lalu, Pandjaitan memaklumkan, Contemporary Amperex Technology (CATL) dan LG juga antara syarikat yang akan membuka fasiliti mereka di kawasan tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Difahamkan kilang bahan mentah bateri lithium Tesla di Indonesia akan siap sepenuhnya dalam masa tiga tahun. Buat masa ini, Tesla masih belum membuat sebarang pengumuman atau mengesahkan laporan tersebut, namun kerajaan Indonesia kini bersedia untuk menyambut ketibaan beberapa syarikat bateri gergasi, termasuklah pengeluar kereta elektrik yang berpangkalan di Lembah Silikon.

Tesla sebelum ini telah menyatakan hasrat mereka untuk membangunkan dan menghasilkan sel bateri mereka sendiri. Semasa Mesyuarat Tahunan Pemegang Saham Tesla, Ketua Pegawai Teknikal Jeffrey Brian Straubel dan Naib Presiden Drew Baglino, bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Elon Musk berkata, syarikat tersebut memerlukan kilang pengeluaran sel bateri berskala besar.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Menurut Musk, syarikat itu juga berkemungkinan untuk menjalankan perniagaan perlombongan untuk memperoleh bahan-bahan yang diperlukan untuk sel-sel ‘kenderaan dan produk penyimpanan tenaga’. Laporan dari CNBC bulan lalu juga memaklumkan, Tesla kini dalam proses merekabentuk sel bateri mereka sendiri di “makmal ujikaji” dalam fasiliti syarikat tersebut di Kato Road.

Menurut sumber laporan itu, Tesla ketika ini sedang mengkaji cara untuk menjadikan baterinya lebih baik, dan menghasilkan cara untuk menghasilkannya secara besar-besaran dengan cara yang lebih pantas dan cekap. Kita nantikan perkembangan selanjutnya, nampak gayanya negara kita bakal ‘melepas lagi’.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply