ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geng ‘wheelie’ budak bawah umur disaman JPJ

Berita Tempatan

Views

Keghairahan sekumpulan remaja bawah umur merakam aksi ‘wheelie’ yang dimuatnaik ke laman sosial membawa padah kerana mereka dikenakan tindakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Menurut laman Facebook rasmi jabatan tersebut, pada 28 Julai 2019 satu pasukuan dari Unit Siasatan dan Risikan (USR) JPJ Negeri Johor telah ke lokasi alamat pemilik kenderaan yang diadu dengan nombor pendaftaran JTK3649, JHV6193, WSQ9625, JMX7105.

Setibanya di lokasi rumah pemilik, USR JPJ mendapati kenderaan yang diadu berada di lokasi tersebut. Hasil siasatan mendapati penunggang yang diadu turut berada di lokasi yang sama. Penunggang yang diadu telah diarahkan untuk mengemukakan 3 lagi suspek yang terlibat dalam rakaman video tersebut. Ke empat-empat suspek berjaya ditemusiasat dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada ibu bapa mereka.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Ibu bapa kesemua suspek tidak mengetahui akan video yang tular itu dan kesalahan yang dilakukan anak-anak mereka. Kesemua suspek merupakan pelajar sekolah menengah dan berada di bawah umur. Menurut suspek, tujuan mereka merakam aksi tersebut hanyalah sekadar suka-suka untuk dimuatnaik ke laman sosial.

Kesemua mereka telah diambil keterangan di hadapan ibu bapa masing-masing dan turut menunjukkan lokasi kejadian. Notis Saman JPJ P(22) telah dikeluarkan kepada semua suspek dan kes diterangkan kepada ibu bapa mereka untuk diselesaikan di mahkamah mengikut ketetapan tarikh pada notis tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Pemeriksaan turut dilakukan ke atas semua motosikal suspek dan mendapati nombor casis serta nombor enjin memuaskan. Siasatan yang dijalankan selari dengan sudut undang-undang Akta Pengangkutan Jalan (APJ) .

Berikut adalah klasifikasi kesalahan yang telah dilakukan:

  • Memandu/menunggang di bawah umur (S39(1)APJ1987)
  • Lesen Kenderaa Motor (LKM) tamat tempoh/tiada perlindungan insurans (S23(1) / S90(1) APJ1987)
  • Tidak memakai topi keledar (K4MC(SH) 1973)

Sekali lagi JPJ Negeri Johor pantas untuk bertindak, syabas kami ucapkan. Semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Nasihat kami kepada para ibu bapa, jangan biarkan anak di bawah umur memandu/menunggang tanpa lesen memandu yang sah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply