ARKIB

KATEGORI

Buletin

Indonesia jadi destinasi pertama model RHD Chery Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro di rantau ASEAN

Berita Global

Views

Indonesia baru-baru ini muncul sebagai negara ASEAN pertama menerima dua produk di bawah siri Tiggo Pro, iaitu Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro, pemanduan kanan (RHD).

Tiggo 8 Pro merupakan SUV saiz besar yang menyasarkan golongan usahawan dan profesional melalui gabungan teknologi pintar, ciri-ciri premium serta versatiliti tujuh tempat duduk.

Antara ciri-ciri utamanya termasuk panel meter LCD 12.3 inci, skrin sesentuh kawalan suhu lapan inci, Monitor Pandangan Keliling 360-darjah, arahan suara serta lebih 10 fungsi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).

Ia dijana enjin 2.0 TGDI yang menghasilkan 254 PS dan 390 Nm daya kilas, sekali gus membolehkan pecutan 0-100 km/j hanya dalam masa 7.3 saat.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Di ruangan kabin, ia dilengkapi dengan tempat duduk kulit dengan fungsi memori, lapan pembesar suara Sony surround, pencahayaan ambien pelbagai warna serta bumbung panoramik yang luas.

Tiggo 7 Pro yang bersaiz lebih kompak, tampil bergaya dan dinamik menerusi lampu hadapan LED matriks pintar serta bumbung terapung.

Bahagian dalamannya yang berteknologi tinggi dilengkapi dengan panel meter LCD tujuh inci, skrin tengah 10.25 inci, skrin sesentuh kawalan suhu lapan inci, kamera 360 darjah, pintu belakang elektrik, pengecasan peranti mudah alih nirwayar dan sebagainya.

ADAS turut tersedia, merangkumi fungsi Kawalan Jelajah Adaptif dan brek kecemasan. Kini, sebanyak 22 cawangan jualan dan servis Chery adalah dalam proses pembinaan di kawasan-kawasan utama seperti Jakarta, Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi.

Pada tahun hadapan, syarikat tersebut akan membina 70 cawangan jualan dan servis bagi meliputi sepenuhnya pasaran Indonesia serta menyediakan lebih banyak kemudahan dan perkhidmatan kepada para pelanggan tempatan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Chery juga telah membina gudang alat ganti seluas 4,000 meter persegi di kilang Cikarang bagi menyimpan komponen servis serta yang melibatkan sistem elektrik dan casis, manakala pembinaan gudang alat ganti di pulau-pulau luar seperti Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi pula sedang dipercepatkan.

Sebagai ekonomi terbesar di ASEAN, Indonesia memainkan peranan strategik dalam rancangan globalisasi Chery.

Pelancaran serentak Tiggo 8 Pro dan Tiggo 7 Pro di Indonesia menandakan permulaan penting ke arah produk yang lebih maju dan pintar bagi rakyat Indonesia pada masa hadapan, termasuk kenderaan tenaga baharu.

Chery akan terus berkembang di ASEAN pada tahun hadapan setelah berjaya mengadakan acara pratonton fizikal pertamanya di Malaysia pada Oktober.

Syarikat tersebut terus bekerjasama rapat dengan rakan-rakan niaga tempatan bagi mewujudkan operasi pemasangan serta rangkaian jualan dan selepas jualan baharu di seluruh negara untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply