ARKIB

KATEGORI

Buletin

Indonesia setuju bina jambatan dan terowong dasar laut Melaka-Dumai

Berita Tempatan

Views

Pihak berkuasa dalam bidang pelaburan Indonesia sudah menyatakan persetujuan pada dasarnya mengenai cadangan pembinaan jambatan dan terowong dasar laut menghubungkan Melaka-Dumai, Indonesia.

Harian Metro melaporkan, Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia dicapai ketika dalam kunjungannya ke negara itu baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan Indonesia pada dasarnya menyambut baik cadangan berkenaan kerana ia bakal meningkatkan kemajuan ekonomi dan sosial kedua-dua pihak.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

“Indonesia terima cadangan itu…Insya-Allah kita akan buat dan apabila siap kelak, jarak perjalanan dari Melaka dan Malaysia ke Dumai, Indonesia hanya akan mengambil masa 40 minit.”

Katanya, jambatan dan terowong dasar laut sepanjang 47 kilometer (km) itu dijangka disiapkan dalam tempoh antara empat hingga lima tahun.

Sehubungan itu, Ab Rauf yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Melaka meminta pemilik tanah sekitar Telok Gong, Kuala Sungai Baru yang dicadangkan sebagai tapak pembinaan jambatan supaya tidak menjual tanah masing-masing.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Sementara itu, ketika ditemui selepas majlis berkenaan, Ab Rauf berkata, Umno Bahagian Masjid Tanah meluluskan usul meminta Kerajaan Persekutuan memperinci cadangan berkenaan untuk dibincangkan dalam Pelan Dasar Fizikal Negara.

Katanya, Kerajaan Melaka sedia memberikan perincian cadangan itu kerana ia bukan setakat memajukan aspek perhubungan Melaka-Dumai, malah yang lebih utama ialah peningkatan pelaburan dan perniagaan antara pelabur Malaysia dengan Indonesia dan sebaliknya.

Beliau yang enggan menjelaskan kos cadangan projek itu menegaskan, ia membabitkan pelaburan pihak swasta yang mempunyai kepakaran dalam industri pembinaan jambatan dan terowong dasar laut.

Sebelum ini Ab Rauf dilaporkan berkata, cadangan berkenaan adalah sebahagian daripada rangkaian jalan darat dari Shanghai, China ke Indonesia melalui konsep ‘One Belt One Road‘ yang dimajukan pihak dari China.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Datuk Jahat Hensem

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply