ARKIB

KATEGORI

Buletin

500 penunggang motosikal sekitar Setiawangsa dapat petrol percuma

Berita Tempatan

Views

Peningkatan kos sara hidup menjadi kemelut kepada warga kota khususnya bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Menurut Harian Metro, Persatuan Komuniti Prihatin Setiawangsa tampil membantu komuniti menerusi pemberian petrol percuma kepada penunggang motosikal.

Presidennya, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata, program sedemikian sudah kali kelima bagi membantu meringankan beban komuniti sekitar Setiawangsa.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menurutnya, mereka menerima sambutan menggalakkan daripada lebih 500 penunggang motosikal untuk mendapat petrol percuma.

Sumbangan kecil ini ternyata besar kesannya buat mereka yang terkesan khususnya ketika negara baru bangkit daripada Covid-19.

Tambahnya, sambutan menggalakkan menyebabkan persatuan kembali membantu warga Setiawangsa untuk kali kelima menerusi program petrol percuma. Turut hadir memberi sokongan, selebriti Puteri Sarah Liyana, Putera Amaris dan Tam Suhaimi.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Penduduk Setiawangsa, Aris Sharip, 23, pemberian petrol percuma dapat membantu mengurangkan walaupun untuk beberapa hari.

Katanya, inisiatif ini memberi kesan kepada masyarakat yang masih terkesan dengan masalah peningkatan kos sara hidup.

Dia berharap ekonomi akan terus kekal pulih tahun depan dan kehidupan rakyat lebih baik dengan adanya kerajaan yang stabil.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Anje NL

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply