Infiniti muncul sebagai pengeluar kenderaan terbaharu yang baharu sahaja memperkenalkan logo dan identiti jenama baharu mereka.
Secara keseluruhan, reka bentuk logo baharu ini masih mengekalkan kesinambungan logo-logo sebelumnya dan tidak berubah secara drastik.
Hanya perubahan yang kecil sahaja telah dilakukan dan ia merupakan evolusi keempat sejak 1989.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Kali ini, reka bentuk logo baharu kelihatan lebih lebar pada bukaan bahagian bawah, garis luar yang lebih nipis dan bucunya kini ‘tidak lagi bertemu’ antara satu sama lain.
Selain itu, penjarakan antara tulisan di bawah logo juga kelihatan lebih besar. Untuk versi pada kenderaan pula, ia tampil dengan bentuk tiga-dimensi baharu dan lambang tersebut turut bercahaya.
Bukan itu sahaja, syarikat tersebut turut memperkenalkan konsep reka bentuk pusat jualan baharu yang ‘lebih segar’ dengan seni bina moden, diinspirasikan daripada falsafah reka bentuk Jepun.
Rangkaian pusat jualan konsep baharu ini akan mula dibuka bulan ini di beberapa lokasi seperti di Los Angeles, Georgetown, Texas, Monterrey, Mexico, dan Doha, Qatar yang merupakan antara terawal.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Pengunjung pusat jualan ini nanti dapat ‘menghidu bauan’ baharu syarikat terdiri daripada kayu cemara Jepun (hinoki), kayu cedar (sugi), dan kayu sitrus (yuzu) yang direka untuk membangkitkan bau hutan.
Syarikat itu juga mencipta runut bunyi logo yang unik untuk digunakan dalam iklan, bahan promosi, video syarikat, dan sebagai muzik di rangkaian pengedar. Ia menggabungkan bunyi gendang taiko, loceng angin Jepun (furin), dan suara manusia.
Buat masa ini Infiniti belum lagi mengesahkan bila lambang baharu ini akan terpampang pada kenderaan mereka. Besar kemungkinan ia akan mula diperkenalkan pada model generasi baharu QX80.
Ada juga desas-desus mengatakan jenama tersebut akan memperkenalkan crossover dua-baris tempat duduk baharu dalam portfolio mereka yang mungkin menjadi yang terawal menggunakan lambang baharu itu.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI