ARKIB

KATEGORI

Tular

Grab ‘aktifkan semula’ akaun penghantar makanan, ‘rider’ ucap terima kasih

Tular

Views
@matkibot #takdirrider #grabfood #pilotdaratMalaysia #ron95 #malaysiakita #malaysiatiktok #foodpandarider #shopeerider #grabfood ♬ original sound – matkibot

 

Akaun Grab seorang penghantar makanan yang menegur dua individu warga Singapura di sebuah stesen minyak ketika mereka sedang mengisi minyak ke dalam tong baru-baru ini kembali diaktifkan semula oleh syarikat tersebut.

Tindakan itu dibuat selepas pihak Grab menjalankan siasatan terperinci kepada penghantar makanan terbabit dan mendapati lelaki berkenaan tidak bersalah.

“Grab admin telah pun menjalankan siasatan, dan mendapati bahawa saya (penghantar makanan) tidak bersalah. Akaun saya telah diaktifkan semula.

“Sekali lagi saya berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia,” kata lelaki tersebut menerusi tangkap layar yang dikongsikan pengguna TikTok @matkibot sebentar tadi.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Terdahulu, lelaki tersebut mendakwa dia telah hilang pekerjaan sebagai penghantar makanan apabila akaunnya telah digantung oleh syarikat Grab.

“Selepas video viral di media sosial, syarikat penghantar telah menggantung akaun saya pada pukul 6 petang hari ini (21 Jun).

“Saya segera menghubungi perkhidmatan pelangggan dan di situlah saya diberitahu akan mendapat panggilan daripada pihak atasan syarikat dalam masa 24 jam.

“Selepas 20 minit saya telah pun menerima panggilan dari pihak terbabit, terdapat laporan mengenai diri saya,” katanya menerusi satu perkongsian video.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sementara itu, wakil syarikat Grab turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada salah seorang kakitangannya (penghantar makanan) berhubung isu terbabit.

Jelas wakil itu, pihaknya terpaksa menyekat sementara akaun lelaki tersebut untuk mengetahui isu sebenar yang berlaku.

Menerusi satu ciapan balas di Twitter, pihaknya ingin memastikan laporan yang dibuat atas sebab apa dan mahu mengetahui isu yang disebutkan.

Mereka telah menerima pelbagai maklum balas yang bercanggah sebelum pasukan melakukan siasatan.

Grab gembira untuk mengatakan bahawa pihaknya telah mengaktifkan semula akaun penghantar makanan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai kepadanya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply