ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Apa yang ‘best’ tentang Proton X70 2025, baik beli ke?

Info

Views

Sejak pelancarannya pada 12 Disember 2018, model sulung atau ‘Abang Long’ hasil perkongsian hidup antara Proton dan Geely, ini kali pertama SUV segmen-C, Proton X70 menerima sentuhan kosmetik luaran dan juga dalaman.

Dan buat kali pertama juga dalam barisan model Proton, ia dilengkapi dengan ketersambungan Android Auto dan juga AppleCarplay.

Berikut adalah info ringkas mengenai Proton X70 2025 (MC2):

Empat pilihan varian yang ditawarkan, iaitu:

  • Proton X70 2025 Standard
  • Proton X70 2025 Executive
  • Proton X70 2025 Premium
  • Proton X70 2025 Premium X

Lima pilihan warna ditawarkan:

  • Snow White
  • Armour Silver
  • Jet Grey
  • Ruby Red
  • Marine Blue (warna baharu)

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Enjin dan transmisi

X70 2025 masih mengekalkan enjin 1.5-liter TGDI tiga silinder yang menghasilkan 177 PS pada 5,500 rpm dan 255 Nm daya kilas dari 1,500-4,000 rpm.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi DwiCekam tujuh kelajuan (7-DCT). Apa yang menarik, penggunaan bahan apinya kini mencatatkan bacaan 7.3 liter/100 km, atau 4 peratus lebih baik berbanding model sebelumnya.

Apa yang ‘best’ tentang X70 2025?

Reka bentuk luaran dan dalam yang diperbaharui

Boleh dikatakan rekaan hadapan X70 2025 tampil dengan wajah lebih segar dengan rekaan jeriji, lampu serta bampar rekaan baharu. Kali ini ia membawa identiti rekaan terkini Proton seperti jeriji berbentuk busur (Ethereal Bow) dan Infinite Weave dengan kemasan berbentuk butiran berlian.

Jeriji baharu ini diapit dengan sepasang lampu LED baharu yang lebih nipis, manakala hudnya juga lebih elegan dengan dua garisan menonjol di tengah, persis kereta mewah. Di belakang, hanya bahagian bampar sahaja yang berubah dan menerima rekaan yang sedikit berbeza berbanding kembarnya, iaitu Geely Boyue facelift 2022.

X70 2025 juga mendapat tiga saiz rim berbeza dan dua rekaan rim aloi serba baharu, saiz 18-inci untuk varian Executive dan 19- inci untuk varian Premium dan Premium X. Untuk varian Standard, ia masih menggunakan rim rekaan sedia ada bersaiz 17-inci.

Di bahagian dalam, ada perubahan yang dibuat pada papan pemuka dengan menampilkan stereng rekaan empat jejari baharu (rata di bahagian bawah), kemasan berwarna hitam piano dan lampu suasana berirama dengan 72-warna, dan unit inforia dengan skrin bersaiz 12.3-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Bukan itu sahaja, ia menerima antara muka rekaan baharu pada paparan panel meter digital LCDnya dan kemasan upholsteri kulit Nappa berwarna Stone Grey.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Ciri menarik

Ia kini tampil dengan ciri mengunci kenderaan sambil beredar atau Walk Away Auto Lock, manakala pintu but belakang kini dilengkapi fungsi membuka pintu automatik dari jarak dekat (bebas tangan) atau Nearby Auto Open.

Apa pembaharuan yang anda takkan nampak pada X70 2025?

Model X70 2025 ‘bukan sekadar kosmetik’ kerana beberapa penambahbaikan turut dibuat pada aspek mekanikal. Ia kini mengandungi 360 komponen baharu dan telah menjalani proses R&D selama 290,000 jam dengan jarak pemanduan sejauh 4.2 juta kilometer!

Aspek keselamatan

Dari segi keselamatan versi baharu X70 ini dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Tercanggih (ADAS) Tahap 2 untuk varian Premium dan Premium X yang beberapa ciri baharu, antaranya:

  • Kawalan Jelajah Adaptif dengan Henti/Gerak,
  • Kawalan Jelajah Pintar
  • Amaran Terkeluar Lorong
  • Pencegahan Terkeluar Lorong
  • Kawalan Tengah Lorong
  • Maklumat Papan Tanda Trafik
  • Amaran Perlanggaran Belakang
  • Amaran Lintasan Trafik Di Belakang

Proton kini telah pun membuka tempahan X70 2025 dengan bayaran deposit RM500 di mana-mana bilik pameran 3S dan 4S Proton yang berhampiran. Apa pendapat anda, baik beli ke tidak ni?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply