ARKIB

KATEGORI

Buletin

INFO: Proton Saga MC2 – Empat pilihan varian, termasuk satu varian Premium baharu!

Info

Views

Nampaknya selepas tular foto Proton Saga MC2 di dalam kilang, kini tersebar pula info mengenai senarai varian yang akan ditawarkan pada model ‘sedan marhaen’ berkenaan.

Saga MC2 akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, termasuklah satu varian Premium baharu. Ini bermakna Saga MC2 akan ditawarkan dengan dua varian Premium.

Berikut adalah pecahan dan antara spesifikasi varian Saga MC2 secara ringkas:

Varian 1.3L Standard MT

  • Transmisi 5-kelajuan manual
  • Indikator Eco
  • Logo Proton baharu
  • Penutup roda dengan rim keluli 14-inci (rim kompang)
  • Bampar ikut warna badan
  • Lampu halogen
  • Cermin sisi dengan indikator signal
  • Pembuka but kawalan jauh
  • Unit kawalan pendingin hawa
  • Pemain audio standard
  • Dua pembesar suara
  • 1 unit slot USB
  • Penapis kabin N95
  • Dua beg udara SRS
  • Cangkuk ISOFIX dan top tether
  • ABS/EBD//BA/HHA

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Varian 1.3L Standard AT (tambahan dari varian 1.3L Standard MT)

  • Transmisi 4-kelajuan automatik
  • Rim aloi 14-inci
  • Lampu pada bumbung
  • Pemaut tangan di bahagian depan dan belakang
  • 3 unit slot USB
  • ESC/TC/HHA

Varian 1.3L Premium AT (tambahan dari varian 1.3L Standard AT)

  • Rim aloi 15-inci
  • Lampu siang LED (DRL)
  • Unit infohibur dengan paparan terapung 7-inci
  • Butang kawalan pada stereng
  • Lampu di bahagian but belakang
  • Empat pembesar suara
  • Kamera undur
  • Penderia parkir hadapan

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Varian 1.3L Premium S AT (varian baharu)

  • Cermin sisi auto lipat
  • Kemasan pintu but belakang dengan suis pembuka
  • Skirt sisi
  • Rim aloi 15-inci
  • Skirt bampar hadapan
  • Panel meter baharu
  • Stereng balutan kulit buatan
  • Balutan tempat duduk separa kulit buatan
  • Butang penghidup enjin
  • Kemasukan nirkunci (keyless)
  • Lampu kabin dengan fungsi auto malap
  • Rona kabin warna hitam

Setakat ini, masih belum diketahui bilakah Saga MC2 akan dilancarkan dan kami akan cuba mendapatkan informasi dari semasa ke semasa. Nantikan!

Sumber: Paultan.org

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply