ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Skim Graduan, apa yang anda perlu tahu?

Info

Views

Selepas tamat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), sudah pasti para graduan bakal melangkah ke alam pekerjaan. Namun setelah mendapatkan pekerjaan, apa yang paling mustahak adalah kenderaan untuk berulang-alik ke tempat kerja, tidak kiralah sama ada menaiki kenderaan sendiri ataupun awam.

Walaubagaimanapun, tidak semua kawasan kediaman mempunyai akses kepada pengangkutan awam. Dalam situasi ini, memiliki sebuah kereta sudah pasti menjadi satu keperluan.

Menurut portal RELEVAN, disebabkan mereka ini baharu sahaja mula bekerja, sudah pasti tidak ramai mempunyai simpanan yang mencukupi untuk pembelian kereta.

Tahukah anda terdapat Skim Graduan yang disediakan oleh beberapa bank tempatan yang boleh membantu graduan universiti untuk memiliki kenderaan?

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ini adalah tips untuk memiliki kereta pertama bagi graduan baharu daripada Pegawai Sokongan Jualan di Bank Islam, Nurul Hazira Azman.

Apa itu skim graduan baharu?

  • Skim graduan ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada graduan baharu memiliki kereta pertama.
  • Berbeza dengan pinjaman biasa, skim graduan baharu ini tidak menghendaki anda untuk mempunyai penjamin.
  • Pinjaman biasa memerlukan pemohon memiliki sekurang-kurangnya satu komitmen hutang. Misalnya kad kredit untuk bank menilai trend dan tabiat pembayaran anda. Namun, dengan skim ini pemohon tidak perlu mempunyai apa-apa komitmen.

Apakah syarat untuk memohon di bawah skim ini?

  • Setiap bank mempunyai syarat-syarat yang berbeza. Tetapi secara umumnya, jika anda berumur 20 hingga 30 tahun dan bekerja kurang daripada setahun, anda sudah layak memohon skim graduan.
  • Anda perlu sekurang-kurangnya tamat pelajar pada peringkat diploma daripada pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang diperakui. Pastikan anda sudah tamat pengajian dengan rasmi supaya fakulti atau pihak universiti boleh mengeluarkan surat tamat pengajian.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

  • Tidak pernah memiliki kereta sendiri. Jika sebelum ini sudah pernah memiliki kereta sendiri, anda tidak layak untuk memohon skim graduan baharu yang ditawarkan oleh mana-mana bank.
  • Mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM1,800 ke atas.
  • Tidak mempunyai masalah tunggakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sekiranya masih mempunyai tunggakan PTPTN, langsaikan segala tunggakan baru layak untuk memohon skim graduan baharu.

Apakah dokumen yang diperlukan?

  • Wajib menyediakan salinan Kad Pengenalan.
  • Wajib melampirkan salinan Lesen Memandu, sekurang-kurangnya Lesen P.
  • Wajib mempunyai transkrip mini atau surat tamat pengajian.
  • Jika sudah menerima gaji pertama, serahkan salinan slip gaji bersama dokumen wajib yang lain.
  • Jika mempunyai kad pekerja atau kad perubatan kerja, lampirkan bersama salinan kad tersebut.
  • Buat para siswazah yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan ingin memiliki kereta pertama, gunakan peluang dan bantuan yang disediakan oleh bank-bank yang menawarkan skim ini.

Semoga perkongsian info ini dapat memberi manfaat buat semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply