ARKIB

KATEGORI

Tular

Kereta kebal ‘Pendekar’ rosak punca trafik sesak, laluan tengah Jalan Damansara terhalang

Tular

Views

Trafik di Jalan Damansara pada pagi Jumaat sesak seketika apabila sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) rosak di laluan tersebut.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurut Astro AWANI, akibat kerosakan kereta kebal jenis PT-91M atau lebih dikenali sebagai ‘Pendekar‘ itu, lorong tengah di susur Carcosa menghala ke KL Sentral terhalang.

Perkara itu dimaklumkan menerusi pusat Info Trafik Kuala Lumpur dalam ciapan di Twitter jam 10.29 pagi tadi. Kelihatan beberapa anggota polis trafik membantu mengawal aliran trafik ketika proses pengalihan dilakukan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Setelah hampir sejam, kereta kebal berkenaan berjaya ditunda dan dialihkan oleh pasukan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kereta kebal buatan Poland seberat 45.9 tan itu merupakan antara kenderaan berperisai milik Kor Armor Diraja, Tentera Darat Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KLCCC DBKL

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply