ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton perkenal Saga 2022 Standard Lite AT – Disasar untuk e-hailing dan teksi, harga RM38,300

Berita Tempatan

Views

Proton menambah satu lagi varian baharu untuk model Saga 2022 dengan memperkenalkan varian Standard Lite AT dengan harga RM38,300.

Menurut rakan media di WapCar.my, sebelum ini Saga 2022 hanya ditawarkan dengan empat pilihan varian bermula dari 1.3L Standard MT, 1.3L Standard AT, 1.3L Premium AT dan 1.3L Premium S AT.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ia kini menjadi varian automatik (AT) Saga 2022 paling murah, iaitu RM500 lebih murah berbanding varian Standard AT dan RM300 lebih mahal jika dibandingkan dengan varian standard manual (MT).

Varian yang disasarkan kepada pemandu perkhidmatan e-hailing dan teksi ini ditawarkan dengan empat pilihan warna, antaranya Snow WhiteArmour SilverJet Grey dan Rosewood Maroon.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Untuk varian Standard Lite, ia tidak dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan juga Bantuan Mula Mendaki (HHA).

Walaubagaimanapun, Proton masih mengekalkan rim aloi bersaiz 14-inci, dua beg udara dan tiga slot USB seperti yang terdapat pada varian Standard AT.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jagathies Kannasan

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply