ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Tips keselamatan jalan raya oleh Zurich Malaysia

Info

Views

Setelah dua tahun tidak dapat merasai nikmat ‘balik kampung’, sudah pastinya Hari Raya Aidilfitri tahun ini amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

Di kala kita semua sibuk membuat persiapan perjalanan pulang dan berkumpul bersama orang-orang tersayang, Zurich Malaysia ingin mengingatkan semua untuk sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi diri serta orang lain di jalan raya.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Bagi membantu pemandu bersiap sedia untuk perjalanan balik kampung, Zurich Malaysia telah menyediakan beberapa tips berguna yang mudah diikuti, sebelum dan semasa di jalan raya sebagai peringatan prihatin di musim perayaan ini.

Tujuannya adalah untuk menjadikan perjalanan pulang lebih selamat dan selesa. Keselamatan di jalan raya adalah lebih daripada sekadar memandu dengan selamat. Setiap nyawa yang berada di atas jalan raya, perlu dipelihara.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Yang penting, ianya adalah tentang bagaimana kita boleh melindungi diri sendiri dan orang tersayang. Zurich Malaysia berharap agar semua rakyat Malaysia dapat menyambut Hari Raya Aildilfitri dengan selamat.

Berikut adalah tips keselamatan jalan raya oleh Zurich Malaysia:

    • Periksa bunga dan tekanan tayar
    • Pastikan brek berfungsi dengan baik
    • Pastikan lampu depan, belakang, signal dan brek berfungsi.
    • Patuhi had laju
    • Amalkan penjarakan fizikal di jalan raya (jangan cucuk rapat-rapat)
    • Sentiasa guna lampu signal untuk masuk simpang atau menukar lorong
    • Jangan guna telefon pintar ketika memandu
    • Jangan salah guna lorong kecemasan
    • Pastikan kenderaan anda dilindungi oleh insurans
    • Sentiasa membawa peralatan penting, sebagai contoh kabel jumper, segitiga kecemasan, alat pemadam api dan kit membaiki tayar

Semoga tips ini memberi manfaat buat semua! Berhati-hati di jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply