ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Malaysia rai pencapaian cemerlang pengedar

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memberi pengiktirafan buat para pengedarnya menerusi acara Dealer Awards 2021.

Anugerah ini mengiktiraf dan meraikan pengedar berprestasi tinggi atas pencapaian mereka dalam menyokong jenama Volkswagen di Malaysia.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Kriteria penghakiman dan pemarkahan adalah berdasarkan pencapaian dan usaha peniaga dalam jualan, selepas jualan, pemasaran, kepuasan pelanggan dan kelayakan tenaga kerja.

Lee Motors Autohaus (Volkswagen Alor Setar) telah berjaya membolot dua daripada empat kategori yang dipertandingkan. Mereka telah memenangi pengedar paling berprestij Tahun 2021 dan Pengedar Terbaik untuk Kategori B.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori:

Pengedar Terbaik Tahunan – Lee Motors Autohaus (Volkswagen Alor Setar)
Kategori A – F.A. Wagen (Volkswagen Glenmarie)
Kategori B – Lee Motors Autohaus (Volkswagen Alor Setar)
Das WeltAuto – PHS Autohaus (Volkswagen Puchong)

Das WeltAuto (DWA) merupakan anugerah baharu yang mula diperkenalkan pada tahun 2021. Ia dinilai berdasarkan prestasi aktiviti kenderaan terpakai, serta pematuhan kepada piawaian dan proses.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menzahirkan penghargaannya terhadap sokongan dan kerja keras pengedar Volkswagen pada tahun 2021. Beliau turut berharap para pengedar dapat menunjukkan tahap kecemerlangan yang lebih tinggi untuk tahun 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply