ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ini adalah ‘enjin dua lejang moden’ pertama ciptaan anak Malaysia, perlu bantuan dana awam untuk direalisasikan

Info

Views

Menerusi satu hantaran terkini di laman Facebooknya, sahabat kami Dr Aid Fawzal berkongsi kisah mengenai sebuah syarikat tempatan, AZR Technologies.

Syarikat tersebut telah membentangkan idea untuk membangunkan enjin dua lejang berkecekapan tinggi (high efficiency), dinamakan AZR8 untuk kegunaan penerbangan dan automotif.

Idea tersebut telah dibentangkan dalam sesi ‘pitching‘ pada minggu lalu menerusi portal pitchin.my. Menurut Aid, enjin tersebut dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden yang membolehkan pembakaran lebih cekap dan kurang pelepasan asap (low emission).

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Bagi mereka yang mengenali enjin dua lejang, antara kebaikannya adalah ianya ringan dan dapat menghasilkan dua kali ganda kuasa berbanding enjin empat lejang.

Ini sekali gus memberikan nisbah kuasa-ke-berat (power-to-weight ratio) yang baik dan akan menjurus kepada penggunaan bahan api yang rendah.

Dengan kebaikan inilah, pihak AZR Technologies yakin yang teknologi dua lejang moden ini adalah masa depan untuk enjin pembakaran dalaman (ICE).

Foto di atas merupakan peneraju AZR Technologies, Azrai Razuan bersama enjin dua lejang empat silinder berkonfigurasi V (V4) prototaip mereka. Azrai memiliki pengalaman luas dan pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat sukan permotoran terkemuka.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Selain daripada idea enjin dua lejang, syarikat ini juga ada membangunkan mesin elektrik bagi kegunaan automotif sehaluan dengan target ‘Net Zero‘ dunia.

Berbalik kepada projek pembangunan enjin dua lejang ini, pihak AZR Technologies telah melancarkan kempen dana awam (crowdfund) ekuiti di pitchin.my untuk membangunkan AZR8, iaitu enjin dua lejang lapan silinder.

Berlainan daripada kebiasaan, ‘dana awam’ ini menawarkan saham sehingga 20 peratus untuk orang ramai membantu mereka dalam merealisasikan impian tersebut. Konsepnya sama seperti melabur.

Tawaran ini adalah terhad dan jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menjayakan projek enjin dua lejang berkecekapan tinggi pertama negara kita. Untuk maklumat lanjut, layari pitchin.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dr Aid Fawzal

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply