ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bezza dipandu lawan arus langgar motosikal, dua penunggang cedera

Berita Tempatan

Views

Dua penunggang motosikal cedera selepas dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza dipandu seorang lelaki secara melawan arus di Kilometer (KM) 30.1 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Kuala Langat semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 2.49 petang itu, kedua-dua mangsa cedera di kaki dan tangan telah dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Turut ditahan adalah pemandu kereta tersebut berusia 42 tahun yang menerima rawatan di hospital sama kerana cedera di kepala kira-kira pukul 4 petang hari sama.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa penunggang motosikal jenis Honda Dash dalam perjalanan ke Bandar Saujana Putra dari Banting.

Katanya, penunggang itu kemudiannya memberhentikan motosikalnya di hadapan Perodua Bezza yang berhenti di lorong kecemasan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Tanjung 12 SKVE.

Bagaimanpun, secara tiba-tiba kereta berkenaan bergerak semula lalu melanggar sisi bahagian hadapan motosikal tersebut sehingga menyebabkan penunggangnya terjatuh serta cedera di kaki dan tangan.

Pemandu kereta itu terus bergerak melawan arus di lorong kecemasan dan melanggar sebuah lagi motosikal jenis Yamaha 135 LC.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Beliau berkata, pelanggaran itu seterusnya menyebabkan penunggangnya tercampak di jalan dan cedera di kedua-dua tangan dan kaki.

Tambah Ahmad Ridhwan, kesemua mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut telah dibawa ke Hospital Banting untuk menerima rawatan.

Justeru, mana-mana saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mazrol Mohd. Din di talian 011-1853 9115 atau 03-3187 2222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terdahulu, tular aksi lawan arus dilakukan kereta berkenaan menerusi video berdurasi dua minit 30 saat di laman sosial Facebook.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit 3suku crew

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply