ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Hyundai Tucson 2022 dikesan di Malaysia, versi jarak gandar panjang?

Foto Intip

Views

Kami menerima kiriman beberapa foto memaparkan kelibat sebuah model generasi keempat Hyundai Tucson (2022) yang dikongsikan oleh sahabat kami, Asyraf Sabry.

Katanya, model SUV tersebut berjaya dikesan semasa dia sedang menghantar Hyundai Ioniq milik isterinya untuk diservis baru-baru ini.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Jika diperhatikan, generasi terbaharu Tucson itu berkemungkinan besar adalah versi jarak antara gandar lebih panjang kerana ia mempunyai kemasan krom kusam yang lebih tebal pada penjuru cermin suku di tiang-Cnya.

Di Amerika Syarikat, model ini ditawarkan dengan tiga pilihan enjin iaitu petrol aspirasi alami (NA), turbo hibrid dan juga plug-in hybrid (PHEV).

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Namun buat masa ini tidak dapat dipastikan versi enjin manakah yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia kelak. Dari segi keselamatan, Tucson 2022 dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan Hyundai Smartsense.

Persoalannya sekarang, bilakah Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akan melancarkan model ini secara rasmi? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Asyraf Sabry

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply