ARKIB

KATEGORI

Foto Tiris

Ini Ford Mustang generasi baharu ke?

Foto Tiris

Views

Kereta kegemaran ‘Geng MLM’ dan pengasas produk kosmetik, Ford Mustang bakal menerima generasi baharu tidak lama lagi. Foto tiris model dengan namakod S650 ini mula berlegar di media dan turut dikongsikan di akaun Facebook Steeda.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Sekilas pandang, generasi baharu Ford Mustang masih lagi mengekalkan reka bentuk jeriji bersaiz besar dan kali ini ia kelihatan lebih besar, seakan ‘mulut ikan ternganga’ yang cuba menelan seekor kuda di tengah-tengahnya.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

‘Kereta sado’ atau muscle car itu juga dilengkapi dengan ‘penyedok udara’ pada hud depan. Mustang generasi baharu kini sedang menjalani ujian jalan raya di Amerika Syarikat dan ianya masih lagi sarat dengan ‘mod penyamaran’.

Tidak banyak info mengenai trenkuasa yang akan memacu model ini, namun ia mempunyai akses kepada enjin hibrid 2.3-liter EcoBoost dan sudah pastinya unit enjin 5.0-liter V8. Mustang (S650) dijangka membuat penampilang sulungnya tahun hadapan dan akan dijual sebagai model kenderaan keluaran 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Steeda

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply