Nampaknya spekulasi mengenai model Suzuki Raider R150 Fi ‘Edisi Khas Azlan Shah‘ dalam artikel terdahulu bakal terjawab.
Satu hantaran di akaun Facebook Eang Chun Motor Sdn Bhd, baru-baru ini memaparkan beberapa foto yang menunjukkan kelibat tiga buah model baharu yang bakal dilancarkan oleh Suzuki Malaysia tidak lama lagi.
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
Selain foto-foto tersebut, mereka turut mengesahkan yang ketiga-tiga buah model tersebut adalah model Edisi Khas Raider R150Fi, GSX-250R dan V-Strom 250 SX.
Pra-tempahan ketiga-tiga buah model tersebut boleh dibuat sekarang dan pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Suzuki Malaysia kerana sudi menjemput mereka ke sesi latihan produk dan sokongan teknikal.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Apa yang menarik perhatian kami adalah model Raider R150Fi Edisi Khas Azlan Shah berwarna merah, dihiasi grafik badan memaparkan imej kepala tengkorak bertopi, bendera Malaysia serta logo Azlan 25 Shah.
Selain itu pada grafik tersebut tertera tagline “Berani Membara” di bahagian bawah dan logo AMITEC pada penjuru atas. Difahamkan model berkenaan turut dilengkapi dengan beberapa aksesori dari Racing Boy (RCB) khusus untuk moped berkenaan.
Kelihatan juga rim dengan rekaan lima-jejari baharu dengan kemasan hitam. Setakat ini tiada informasi lanjut berkenaan model tersebut. Nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Eang Chun Motor Sdn Bhd
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
KOMEN TERKINI